Tabung Haji :D

Monday, September 16, 2013

Tips hilangkan stress part 1

Ok, macam mana ek aku nak start cerita.. Hmmm, tadi bukan over noh laju2 bukak laptop nak update blog. Sekarang dah lupa nak type apa. Omogosss, makan semut lebih sangat kot. Hahaha, sat noh aku ingatkan balik.Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm........................


Haaa, kasi tengok gambar dulu. Cuba teka yang mana aku? Kasi 3 saat je k. kalau dapat teka aku kasi topup rm10 coklat Cadbury yang besar punya red bull 2 tin. Haaaaa masa tamat! Siapa soh p baca hadiah2nya dulu? Tak dapet lah nak bagi :p Takpe2 nanti kalau aku ada rezeki lebih aku kasi sorang satu ice-cream Mcd kay? Hekhekhok "aku yang baju hitam tu" Ok, aku dah ingat nak cerita apa.


Korang kalau stress, korang buat apa? Makan ke? Melalak? Dengar music kuat2? Shopping? Or what? Hihihi, kalau aku kat tempat makanan lah aku hilangkan stress. woihh! memang seronok gila kalau dapat makanan, stress aku hilang terus. Lagi2 kalau dapat makan coklat wehhhh... So, harini aku stress gila! Memang hari gemuk sedunia lah harini, ceh padahal memang lemak dah bertenggek kat perut pungg, memang gemuk lah cita dia kan.

Hambek kau! Berlambak aku beli ada lah dalam RM 20 hengget terbang ~ ni baru sikit woi, ada lagi dalam plastik tu malu la aku nak tunjuk kang penuh satu meja. Hahaha Buku kasi ke tepi, kesian!

Mesti bila kau tengok gambar coklat ni terliur kan kan kan? Peh, memang pabrot pompuan kan :D
Murah2 je yang aku mampu beli, Kat Giant murah sikit ~ Keropok satu sengget air tin tu pun satu sengget. Haaa mana tak rambang mata kan? Ragut jelaa semua yang murah2. Hahahahaha

Nak selit sikit, haaaa buku ni memang bagus untuk orang yang low english macam aku. Hihihi, serius weh. Aku tak main2 bila aku baca seronok dan secara tak langsung aku boleh faham jalan cerita and buku ni bukan macam majalah or komik Ok, buku ni pasal isu2 kat luar negara. Tak mahal mana pun, RM 15 je K. Murah dan sangat2 best banyak pengetahuan yang aku dapat. Full Stop!




Hai saya makin tembam dan gemok selepas makan kesemua makanan yang saya beli tadi. Peh ayat skema tunggang langgang pulak tu. oK kalau stress sila makan banyak2 boleh gemuk macam saya. Suka sebenarnya :'( Gemuk gila! Ok bye sayang awak yang tengah baca blog ni :*

Tajuk bukan main gahh lagi "tips hilangkan stress" Aku rasa kau makin stress agaknya nanti bila dapat tahu perut kau makin membesar selepas mengunyah coklat or what ever you eat! Hahaha Selamat Mencuba

Publish!

Tuesday, September 3, 2013

Recipe Breakfast paling "Malas" cepat tuntas dan sedap!

"Harini aku rajin" Ceh statment kau! Kalah cik ton! Haha. Aku cuma nak kongsi recipe paling malas tapi sedap. Haaa kau hado? Meh tengok sini, nak kasi recipe

Bagi peminat tomato, boleh lah potong berapa banyak kau nak makan tak kisah, aku cincang2 sebab senang nak telan. Takdelah rasa kemasaman tomato tu nanti. Memang mablousss you all breakfast ni. Hahahaha


2. Pastu kau boleh lah letak salad, broccoli ke carrot ke apa2 lah yang kau suka. Dah kata recipe pemalas kan? Hahahahaha takyah nak ikut step sangat lah weh. Aku ikut suka hati mak bapak aku je nak letak apa kalau buat breakfast ni :D

3. Breakfast pagi ni, aku bakar je sosej yang memang tersedia dalam ice box, takyah nak susah2 dah. bakar tau! bukan goreng letak minyak. Gemuk kau kang jah. Hahaha Ni pun ikut kau lah nak bakar apa, fish ball ke burger ke. Ikut kau lah.


Tadaaaaaaaa! Simple je kan? ni lah recipe malas mak temah :D Memang sedap weh. Opsss, jangan lupa letak cik mayonis ngan cik Thousand Island. Peh layan breakfast harini :D







Tadaaaaaaaa ni boleh 2-4 orang makan kalau kau sendiri bukan pengemar sayur :D
Okayyyylah aku ada class, ni pun curi2 online nak update punya pasal kan.. Untuk korang jugak! Kah3 macamlah ada pembaca setia blog ni. Hahahaha, takpe2 yang penting hajat aku nak update kongsi recipe malas ni tok korang :) Bye!

Publish!

Sunday, September 1, 2013

Pokok peliharaan. Grass Head

Aku banyak kali pergi kedai tu, nak beli grass head. Bila dah ambik, sampai je dekat kaunter pembayaran aku dah mula fikir nak ambik ke tak, nak ke tak. Last2 tak hambik kau! Letak balik! Sebab masa tu tak fikir pun benda ni best kan. Main sedap tangan je capai. Bila dah sampai rumah menyesal tak sudah, kata "Woi rugi betullah aku tak ambik natang tu" mula lah celaru. Hahaha, menipu noo celaru. Selang berminggu-minggu, aku decide nak beli jugak! tak kira, natang ni asik miss je nak beli lepas tu sejak2 ni aku asik termimpi2 kan natang grass head ni. Menci tau! sampai nak masuk dalam mimpi aku bagai! Hahahaha. Serius weh, dia punya menyesal tak beli tu sampai terbawa-bawa ke mimpi. Tak boleh jadi! memang aku kena beli jugak. 

Harini jugak aku beli. Hahaha Comelkan dia? Nama saya Baby Chak. Full name "Cicak kobeng bawa ke mimpi" peh nama nak glamour Baby Chak lagi tu. Hahaha. Sayang dia! Hai, sekarang kau dah jadi milik kekal abadi aku :) Actly ni rumput tau, bukan natang. Aku suka panggil natang sebab dia ada mata :D


Sebelum tu, kita kasi dia mandi rendam bagi basah2 sikit. Bagi sejuk wangi2 dulu. Hahak kelasss kau jah berenang dalam bekas. kasi kepala dia betul2 berat sampai nak patah tangan kau angkat letak kat bkas cantik sikit. *tipu ah tu nak patah* tapi memang berat pun kepala dia ni, sebab air dah serap kan ~ Dalam setengah jap baru boleh angkat.


Aku nak letak baby chak kat situ, nampak kemachoan dia nanti! Haha Opsss sorry berselerak woi. Sat lagi kita kemas ye. Nak bagi mandi manda dulu


Haaaa kau, aku siap beli lagi clips Baby. Bajet macam ada baby lah kan.. Sayang baby Chak
Omeyy ce alolololo, jangan lah buat muka sedih.

Baby chak before letak air. Sedih je muka sebab tak dapat air
Tapi still comel. Hahahaha

Esok2 aku cerita pulak perkembangan baby chak k? Korang kenalah visit blog aku ;D Thanks!
Publish!



Thursday, August 15, 2013

seri abadi tanpa blackhead n whitehead/Cara menggunakan mask shiseido


Harini takde benda nak mengupdate just nak share produk ni tapi sangat bagus dan memang berpuas hati! Mask ni memang sesuai sangatlah untuk muka yang memang banyak dengan bintik-bintik hitam or putih. Peh, kalau pakai mask ni memang seronok senyum sampai ke mata. Tarak percaya? Try beli dan apply sendiri kat muka. Memang sampai bila-bila tak menyesal. 


Meh aku kasi cara2 nak guna mask ni

 1. Shiseido mask ni dalam paket kecil, nipis tapi  cukup ahh nak cover 1 muka. tak kira muka kau tu besar ke  kecik. muka tembam chubby gemok  ke apa. semua boleh, jangan risau k :) 

2. Mask ni dalam bentuk cecair tapi pekat, takdelah cair mana pun senang je lah kalau kau nak apply kat muka, pakai jari lebih mudah ye nokk ^__^  *tengok gambar di atas

3. Tunggu kering dalam 10 - 15 minit. Tapi aku lebih suka tunggu kering sampai 30 minit, siap boleh tido lagi. Hahaha 

Kematu je muka aku, betul-betul setengah jam aku tunggu, tak boleh nak bercakap langsung.

5. Apa tunggu lagi? Kopek lah dan tengok hasilnya berjaya atau tidak?


Muka poyo gila, mana taknya aku ni jenis berhati2 takut bila kopek tak ikut muka. Hahaha

puas hati aku! blackhead keluar jua akhirnya! Yeahy ~ Percaya tak dengan produk Kak ton? Hahaha

Alaaaa, mask ni taklah mahal mana pun 1/pcs : RM1.50! ulang RM1.50!
Kalau lelaki nak pakai pun boleh, kau takyah nak malu-malu ahh, sebab lelaki lagi banyak blackhead tau! 





aku cadangkan pakai lah yang warna hitam punya, sebab kau boleh nampak berapa banyak blackhead n whitehead kat muka kau. Haha

Fungsi dia sama je cuma warna lain2 , ikut cita rasa lah nak beli warna apa. Tapi aku still nak kau beli warna hitam tu k? jangan degil nak. Hahaha ;)

            aku ada banyak stok, siapa tanak beli memang orang yang paling rugi tau! Hahahaha! 
       confirm bila kau baca entry ni kau akan mimpi dan esoknya mesti kau nak beli. Cayalahhh! 


Tuesday, August 13, 2013

Raya punya Cerita!

Assalamualaikum semua :D 



Harini dah 6 Syawal, cepatnya masa berlalu kan? Tuptap tuptap dah raya ke-6 lepas tu masuk bulan 9 lepas tu dah akhir tahun! YaAllah masa berlalu sepantas kilat! Sedarkah kita?? 
Hmmmm.. Amacam raya tahun ni? Meriah tak? Dapat duit raya berapa? Baju korang warna apa?
Beraya dekat mana? Hahaha! Haaa Jawab jawab lah :p! Raya tahun ni tak bape syoookkk sangat sebab persiapan semua ala-ala kadar. Semua stok lama. Baju Raya pun tak beli nok! Guna saje yang lama, tak nak membazir lah katanya! Ceh, padahal dalam hati ni sedih je.. "Semua orang pakai baju raya baru, aku?" Alahhh! Tak kisah sangat lah ~ Yang lama punya okayy lagi. Kisah pulak kita orang pandang, asyik baju sama je kau pakai.. Janji haku ada baju raya. Kan?? Hahaha. Okay lah Temah malas nak cerita panjang, macam biasa kita kasi cuci mata dulu...

ni masa raya ke-4 tak silap. Raya kat Masjid! Ceh, padahal sepupu nikah. Simple gila

Raya Pertama bersama keluarga tercinta! Love love! Muka semua annoying gila
Actly my sibling ada 6 orang but my sister berghaye dekat rumah mak mentua dia. Ahhh! Tak sedih pun -.-' 

my fav auntie, ceh boleh pulak fav fav kan? Sebab dia pernah jaga aku masa kecik dulu
Tu yang sampai lah ni melekat je dengan dia. Ceh! Propa
time ni raya pertama :)

Suka sangatsangat gambar ni! Sayang :*

Me with K.Ziera, jangan tersilap eh yang baju purple tu my sister k. Masih tak percaya?
Jum Jumpa! Haha I'm Serius k


Mak Jemah raya setakat ni je dulu cerita mak Jemah, nanti Mak Jemah sambung lagi k? Kalau korang berminat nak tahu lagi, selalu lah terjah mak Jemah punya Blog! Cewahhhh! Nanti Mak Jemah bagi duit raya k? Acctly mak Jemah patut mintak korang, sebab Mak Jemah baru 19 tahun.
Raya ni datang lahhhhh rumah! Dekat je! Hehehehehee Rumah selalu terbuka :)

Sunday, July 28, 2013

Tak Semangat nak Raya, Why?

Aku cuba pujuk diri, untuk bersemangat menyambut aidil fitri nanti. Yela kita as a man perlu bersyukur sebab hari raya merupakan hari kemenangan bagi umat islam :') Betul tak? Tapi, bila aku dengar lagu raya terus semangat tu ada! Pandai awak ye, suruh saya dengar lagu raya. Thanks Awak! Jasa awak amat saya hargai. Okay, sebenarnya nak cerita pasal iftar with 6AB baru-baru ni, memang seronok sangat bila kita disamping kawan-kawan. Rasa sedih rasa nak marah semua hilang, sebab kawan kita buat kita happy! Seronok sangat hati ni. YaAllah, aku mohon janganlah engkau jauhkan kami. Aku mohon yaAllah :') Aku merindui mereka dan aku perlukan mereka memenuhi hati yang kosong dengan ilmu di dada. Mereka adalah kawan, mereka adalah sahabatku dunia akhirat. Amin! 

Pancaran cahaya yang membuatkan hati ini gembira dan tenang bersama mereka.

Gambar kabur bukan halangan bagi aku. Tapi ukhwah! :)

Terpancar kegembiraan :') YaAllah rindunya mereka.

Love Love Love :*



Harapan : Moga kalian mengingatiku dalam doamu. Amin! Hope perkenalan kita bukan setakat ini. Jangan pisahkan kami yaAllah :')

Sunday, July 21, 2013

.Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim

Macam mana dengan puasa korang? cukup? Bersemangat tak? Hihihi. 
Pasti seronok kan berpuasa kali ini, semangat sangat-sangat. Yela, bulan Ramadhan ni kan, bulan kita, untuk orang yang beragama islam :)

Okay, nak cerita panjang-panjang takut pula terjebak ke arah yang lain. Maklumlah aku ni dah lama sangat tak mengupdate. Blog ni dah bersampah sarap berdebu habuk semua ada. Bukan malas nak menaip ok, jangan salah tafsir pula. Hihihi. Cuma masa tidak mengizinkan diri ini untuk berkongsi. so kita ringkas kan cerita.

Kalau korang nak tahu, bulan ramadhan ini lah sepatutnya kita berkejar-kejar untuk dapatkan pahala. Sebab syaitan dah diikat kan? So, kalau ada sifat-sifat yang tak baik tu datang dari korang lah kirannya. Hihihi. Buat lah banyak2 amalan ibadah, bukan solat terawih je.. korang boleh bersedekah, tolong orang, jaga hati orang, dan yang paling penting jaga pandangan jaga hati jaga iman jaga mulut tu Ok? Hahakhak. Jangan terasa k, sebab speech ni untuk diri sendiri juga :)
Bulan Ramdhan ni juga lah orang sibuk nak mencari rezeki lebih kan? Sama lah dengan aku, hokhok. Sedang dalam proses nak buat kuih raya dan kek ekonomi. Tapi seronok tau, sebab buat ramai-ramai dengan adik beradik Ibu boleh tompang-tompang gosip. Tak gitu Kak Ton? Eh, mana pergi budak yang selalu kata diri dia tu cool ehk? Ok, disini aku nak bagitahu, bahawa budak cool tu, sudah tidak menggunakan tittle "budak cool" Sekian. Jangan tanya lebih-lebih, malas nak jawab. Eceh! Macam retis pulak kan. Sebenarnya, ni curi-curi masa je ni... Nak sambung buat kuih ghaye ni! Habislah aku dipoting gaji. Eceh! Korang mesti nak tau kan aku jual kuih apa? Mai pakat tengok noh. Scroll scroll scroll :P



Green Nest Air Tangan Ibu

Ice-cream Umhhh pasti sedap

Mushroom *kuih ni paling ramai orang tempah, kuih top dalam family kitaorang :D


Lovely Strawberry Comel


*Maaf, aku tak ingat lah ni kuih apa, tapi permintaan memang ramai.


Cake ni aku yang buat :)


Ni pun sedap jugak 




Okay lah, i nak sambung buat koje. Assalamualaikum semua :)
Apa-apa yang ingin ditanya just letak comment dekat shout box Justin bibir k? Hihihihi.


*SELAMAT MENUNAIKAN PUASA*

Tuesday, June 4, 2013

Blog is My Diary

Lamanya tak berblogger, dulu masa aku darjah Enam selalu terjah terjah orang punya blog. Sampaikan tak tidur satu hari, sebab baca blog siapa entah masa tu.. memang excited gila kot time tu. Blog tak sah, kalau tak godek-godek, maksud aku letak benda-benda comel then nak ubah position yang macam mana letak itu ini, letak lagu dan paling wajib mesti ada "nuffnang" itulah hasil pendapatan blogger. Kalau blog tu ramai yang view/visit confirm dapat percent yang banyak then pendapatan dari cik "nuffnang pun makin bertambah. Dulu masa form 4 blog aku ramai jugak lah yang terjah so dapat lah juga sikit hasil dari nuffnang itu pun sebab aku rajin nak terjah-terjah then dapat feed back balik :) So far, okay lah time tu. Tapi! Sekarang aku dah start busy dengan study, so masa untuk bercerita dikurangkan. Alah, I kan budak cool :P Okay lah, kang aku merepek-repek tak faham pulak korang, almaklum lah sekarang jam menunjukkan pukul 2:17 am. Aku ambil masa sikit nak ringankan tangan dekat keypad laptop ni. Hihihihi, betapa malasnya, OPsss! Busy bukan malas kay? Actly, aku ada buat Short Film and Video Wedding kakak aku... Tapi, tetiba Youtube buat hal.. Siapa yang baik hati? pinjam sat acc Youtube korang :P Hehehe! Gurau2! Okaylah, mata aku pun dah macam ni O_+? Sebelah bukak, sebelah pejam. Sangat Bagus! Good Job Fieza! Ohohhh! Kalau aku cerita tak sah lah lah kalau takde Gambar kan kan? Okay, apa lagi scroll lah bawah sikit!




Short Film bertajuk "Sheeewing Cinton Puihhh" Hahaha 

Owner blog ni! Hahaha tatap tatap!


Jangan nak kata apa, aku dengan dia memang akan gaduh tiap kali jumpa, since kenal lagi
Tak sah, kalau tak gaduh -_____-' Tapi kalau sweet pun acah2 banggang je. Ni pun bukannya aku nak jumpa sangat pun, makcik dia yang tetiba cakap "tanak jumpa mirul ke" actly aku memang dah ada dekat keramat sebab ada wedding, so tak tau nak pergi mana lepas tu hentam jela ikut. Hahaha! Tu je nak ceritanya pun. *muka aku tak boleh blah*
Tu diaaa makcik kesayangan Mirul :)
And Also kakaks angkats





P/S: Tiada kena mengena yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Sekian~

Sunday, May 19, 2013

Dear Final Exam. Please be nice nanti ye :)) Thanks Sayang! ILOVEYOU.

Sebenarnya aku ada sikit stress, sebab dah nak Final Exam. Aku tanya diri sendiri, serius ke kau dah bersedia Fieza? Ouho, InsyaAllah! dengan usaha yang tidak seberapa ini. InysaAllah aku buat yang terbaik demi Allah dan juga My Family. Bunyi macam stress sangat ke? Entahlah, aku redha dengan apa yang akan diberi oleh Allah. Dan sebenarnya, aku rindu dekat someone yang dulu pernah hancurkan hati aku, eceh! Ayat nak sedih habis. Apa ni? C'mon lah.. Macam geli je kau nak rindu dia? Hello?! Aku ada hati dan juga perasaan kay :)) Halah, hati dan perasaan tu aku dah buang jauh-jauh pun, sikit pun dah takde dekat dia. Hahaha! Ayat Pasrah. We just friend je pun kan kan, memang tak lebih mana pun lah cerita dia. Dan dan dan, sekarang aku dah tak kisah langsung about him. Just leave. Move on. Yes! Budak cool sentiasa cool :D Ok, Title entry kali ni pasal Final Exam, awat tetiba masuk feeling feeling ni? Alahai ~ C'mon Fieza! Sesiapa yang terbaca or tersesat dekat blog aku ni, mohon/minta/tolong/sila/permintaan, amboi! Tolong doakan Fieza dan rakan-rakan tingkatan enam atas yang lain semoga boleh menjawab dengan hati yang tenang, dipermudahkan segala urusan peperiksaan dan sebagainya. Tolong doakan je, tak minta apa-apa pun :) Thanks! Memuahhhhh! Cewah! Okay lah, aku nak sambung study lagi ni. Macam tak berapa nak cukup ilmu yang ada dalam otak ni! Hahahak :P


see? dah macam nota aku buat twitter ni, yela sebab aku always on pakai phone. So, boleh tgk2 kan? :)


Again :))

Syok-syok study tetiba rindu dekat dorang :/ Allahuakhbar! Rindu sesangat

Stress sangat, nilah kerja aku. Hahaha

 Banyak tak banyak tak? Muntah baca, tapi demi Allah. Aku redha :') Takpe, Ilmu ni! 





*Rasa macam tak bestkan entry ni?* Boring kan kan? Takpe, i'm a cool girl :) *muntah*
Random post. takde kena mengena yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia

********SEKIAN*********