Tabung Haji :D

Wednesday, December 26, 2012

Resipi Murtabak Maggi Special Piejamos Udang


Bahan-bahan:

maggi - 1 pek
telur - 2 biji
udang/ayam/daging - a/n

Cara-cara:
1.Rebus maggi selama 2 minit.
2.Sementara tunggu maggi kembang, masak udang/ayam/daging (I guna udang) masak pakai butter.
3.Pecahkan telur, kacau sampai kembang.
4.Selepas maggi sudah kembang, udang sudah dimasak, masukkan maggi udang kedalam telur yang dikacau tadi.
5.I tak pakai bawang, kalau nak letak pun okay jugak.
6.Panaskan minyak, then goreng macam biasa. minyak tak payah banyak-banyak sangat.
7.Setelah masak, letakkan chesee diatas murtabak tersebut. Then masukkan dalam microwave.
8.Siap untung dihidang

SELAMAT MENCUBA


Tuesday, December 18, 2012

recipe from GiatMara Pandan

Assalamualaikum

Semalam I ada mood nak buat cake, sebab semua bahan-bahan dah ada depan mata.
Cuma tunggu mood nak buat je, So, kita luangkan mood yang ada tu dengan buat cake.
I ingat cake yang I buat tu tak jadi, yela takut-2 lah rasa apa ke kan? 
almaklumlah, oven dekat rumah tu pun ikut mood jugak. kalau I baik dengan dia, dia baik lah dengan I. so, semalam oven I tak buat hal. syukur sangat! tapi suhu tak berapa betul sikit.
mungkin dia demam. sebab oven sangat panas! suhu yang I letak dah okayy dah dengan I punya cake. Then, nasib tak hanggus menggus you..
Nak dipendekkan cerita, I first time kot buat cake. hihihi.. yelaa.. I dah nak jadi isteri orang nanti.
so, I kenalah belajar sikit-2. nanti senang suami I nak mamam. 

So I want to show cake I made yesterday 
I remember the cake is unsightly, but did not expect it! yesterday for .. 've lived this day and a half. wow! I was surprised. Thanks God. I will do my best next time insyaALLAH.

sorry, i tak sempat nak shoot yang sempurna. sebab i dah penat time tu.  btw nampak mengancam tak my cake? hahaha



you'all boleh try recipe ni 




Bahan-bahan:

Butter- 300gm
Sugar-680gm
Egg- 8nozz
Flour- 420gm
Baking Powder- 10gm
Soda Bicarbonate- 10gm
Cocoa Powder- 120gm
Hot water- 400gm

Cara-cara:
1. sediakan bahan-bahan 
2. Ayak baking powder, soda bicarbonate , tepung n cocoa powder
3. lepas ayak, campur semua sekali baking powder, soda bicarbonate n tepung. cocoa powder tu asingkan.
4. Then, campurkan butter, gula , telur sikit demi sikit (sampai kembang) 
    kalau nak tahu dia dah kembang tengok ringan ke tak, light tak? kelajuan ikut suka.
5. Masukakn cocoa powder, dan akhir sekali masukkan hot water.
6. kalau dah masukkan semua bahan tu, bit jangan laju sangat. and nak ingatkan kalau dah masuk tepung jangan lama sangat putar okay.

panaskan oven diantara 180 suhu selama 40-45 minit.
sapukan shutrning dekat bekas nak buat cake.

Ganash : coklat drak and wipping cream
             1. whipping cream dipanaskan terlebih dahulu then baru masukkan coklat drak tu.
             2. kalau cake dah masak, baru letak ganash. buat layer poting tiga or empat. then baru 
                 sapukan :) 

Selamat Mencuba :D







Saturday, December 8, 2012

Tunang

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Masa begitu pantas berlalu, pejam celik pejam celik dah nak masuk new year
alangkah indahnya, kalau masa boleh berhenti dan ubah kembali kepada
keadaan yang lebih baik dan aman :)
Kakak I dah jadi tunang orang sekarang, dan insyaALLAH next year dia akan 
menjadi isteri orang, amin.. berita yang sangat bagus.
Tapi, nanti dah tak boleh nak gurau-gurau macam dulu, sakat-sakat!
saat-saat bersama keluarga amat bahagia berbanding kita bersama kawan.
tanpa mereka, kita tidak boleh hidup dengan senyuman..
Tapi, masa tidak boleh mengubah segala-galanya.
ayat I, semacam terabur rasanya, dek cuti sekolah yang sangat lama mungkin.
budak yang cool dahulunya, macam dah tak wujud.

COOL COMEL CUTE

mana menghilang? aku semakin pelik dengan cara aku sakarang. tak tahu kenapa,
mungkin disebabkan orang sekeliling yang telah mempengaruhi aku.
mungkin lah
tapi, hidup harus diteruskan. asal kita tidak buat benda tak senonoh sudah lah.
actly, nak cerita pasal majlis pertunangan kakak, tapi kenapa boleh terbabit dengan masalah ni?

KENAPA! KENAPA! KENAPA!

ramai yang kata kitaorang kembar? serius.. tapi aku rasa, aku lagi comel :)
Hahaha *evil laugh*

pihak lelaki yang datang dari johor, ramai lah jugak sedara mara tunang kakak, yang datang :)

hantaran yang warna oren tu dari pihak lelaki 

Ibu dia! heh! ibu dia! comel je bakal mertua.

Aku pun tak lama lagi akan jadi tunang orang, cuma tak tahu bila.
actly dua orang lelaki ni kawan. yang baju purple tu kawan dari giatmara, and lagi sorang uh
abang angkat :)

mengedik dengan abang angkat, nampak awek dia! mampus aku!


memang tunang dia tak handsome langsung! tapi, apa yang aku suka dengan cara dia
adalah! bila dia datang rumah mesti dia belikan sarapan pagi :)
Hahaha!


Alhamdulilah, semuanya selsai dengan baik.
sebenarnya nak snap gambar banyak-banyak sampai lebam!
tapi dorang balik awal kot! yelaaa datang dari johor confirm lah nanti penat kan


thanks for reading 'peace'










Friday, December 7, 2012

Cuti Sekolah

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

I rasa blog ni dah bersawang dan dipenuhi dengan labah-labah yang tidak
pernah diundang. Lama rasanya tak penghupdate blog. huuu sedih I tengok T__T
kalau you all's nak tahu, badan I dah mula naik, dalam badan banyak sangat
sampah yang manis manis, mana tidaknya
join bumiputera under giatmara bakery membuatkan I semakin gemuk.
Sedih sangat bila tengok perut semakin lama semakin kembung dek minum yang manis-manis
ditambah pula dengan makan kek yang sangat manis. so sad :'(

TAPI AKU TETAP SERONOK DENGAN PEMBELAJARAN KALI INI

banyak sangat ilmu yang aku dapat time cuti sekolah, even belajar bakery.
tiada caj dikenakan lagi tu, siap bagi makan free 3 kali sehari. belajar selama 1 week.
Bukan itu sahaja, alaun baju dan sijil juga diberikan.. betapa untungnya masa itu.

apa-apa pun kita snap dulu sebelum masuk class :)


hari pertama buat kek butter cake, tapi time tu tak teringat nak ambil gambar.
so, hari kedua baru teringat nak snap. yang ni blueberry cake ala-2 kebudak-budakkan..
habis kena kritik kau-2 dengan cikgu kat situ...
yelaaa.. cuba kau bayangkan ada ke orang jual blueberry cake macam ni?
semua ni angkara si perempuan sundal tu lah, I dah cakap bukan macam ni..
dia degil nak mati sampai sekarang kot. sedih sangat T__T dapat kenal hantu tu.


cake ni aku yang deko, tapi aku suruh mentor yang buatkan, tapi cake ni pun kena kritik.
hahaha, tapi nampak okaay lah dari ke yang atas tu.

dalam class ni lah group aku :)

sorry gambar tak berapa nak jelas, almaklumlah pakai phone cikai je :)

ni bahan-bahan nak buat chiffon cake, cake ni paling susah n paling tak suka aku nak buat
banyak pantang larang yang kita kena jaga. kena tunggu 10 or 20 minit selepas masak jangan sesekali bukak, dan yang paling penting jangan cucuk kek nak tahu dah masak ke belum.
memang banyak pantang larang, dah macam mengandung aku tengok kek tu.
alih0alih tak jadi pun kek uh, so. aku tanak snap! tak sedap langsung!

ambik kau! mana tak naik? asyik minum manis-manis je.
dan time tu pelatih-pelatih giatmara tengah belajar buat air sedap-sedap!

haaa tak terliur ke kalau dapat minum air free macam ni?
sedap tak terkata.



sementara tunggu kek masak, kita main conteng-2 dulu.

selagi tak masak, selagi tu lah snap picture je keja aku.

fudge cake by me and the geng :)

muka aku tanak serius pulak time ni, baking chesee cake :D
sedap sangat-sangat! tak rasa muak pun. actly aku yang pakai tudung kelabu tu.. not hitam

Giatmara pandan sangat seronookkkkkk


chesee cake tirai untuk kelas ktb kali ini :')

rindunya dekat adik-adik akak ni :(

comelkan chef ni? hehehe.



sebenarnya banyak lagi gambar, tapi I dah tak larat you nak upload :'(
thanks for reading :)













Sunday, November 18, 2012

cuti yang bosan

Aku jadi tak tentu arah sejak-sejak cuti sekolah ni..
ini nak buat itu nak buat.. pening fikir yang mana betul-betul boleh tarik minat aku.
Entah apa yang aku khuatir...
Kawan dah tak dengar cerita, sorang sana, sorang sini
bila ada job.. masing-masing senyap.. tanak share...
sejak cuti sekolah ni otak I jadi beku dah takde topic hanggat nak cerita
semua dah basi, malas nak ungkit. kang ada yang terasa lebih..
tu yang I malas nak gosip lebih.. biarlah apa orang tu nak kata.. I dah tak heran
Yang I heran sekarang ni.. bentuk badan I dah makin naik :/

What's wrong with me?

bila cuti je mesti kita nak kaitkan dengan badan kita..
dan mesti orang nak kata.. eh? You nampak gemuk sikit eh.. You nampak kurus sikit dari haritu..
padahal kau dah lama tak jumpa aku, tu yang kau berani kata macam tu kan?
badan aku takde bezanya.. kalau dah cuti ni.. gemok lah badan Gua!






Haaaa.. kau nampak? dah naik dah pipi tembam dia mai :/ *cedih*

haaaa.. kasi full figure lagi? gemok gemok gemok :/

haaaa... kasi close up pulak.. tapi still nampak gemok kan?
by the way... she is my sister... nampak je macam budak darjah 6..
tapi umur dah 20 tahun :D





Thursday, November 15, 2012

Trifle di pagi muharram

Sedap dan Cool jika kita dihidangkan dengan dessert trifle selepas makan,
makanan yang pedas dan hot .

apa kata kita try benda ni dekat rumah. tak payah sibuk nak beli kat luar.
barang-barang yang diperlukan pun tak lah mahal dan banyak.
boleh mengikut cita rasa lidah sendiri :)


bahan-bahannya:

1.Custard
2.Jelly Powder
3.Susu Cair
4.Peach Slices or apa-apa yang anda suka
5. Biskut/kek gulung

Paling penting mesti kena ada kastard, baru sedap rasanya.

masukkan custard bersama air sedikit, mengikut citarasa sendiri.

sementara tunggu custard tu betul-betul cair dan sekata, bolehlah susunkan biskut/kek gulung

sangat mudah. lepas custard dah sekata tidak berketul-ketul masukkan sahaja
di pinggan yang telah disusunkan dengan biskut/kek gulung.
selepas itu masukkan pula jelly yang telah di kacau dengan sebati.
masukkan bahan-bahan tersebut secara berperingkat. mengikut citarasa sendiri :)

nampak sedap bukan? 

tu diaaaaaa, trifle yang telah siap




SELAMAT MENCUBA




p/s: sorry, first time update pasal recipe. 

Thursday, November 1, 2012

Hujan Exam Demam Sakit Hati

Minggu depan 5/11/2012 aku dah mula final exam until 8/11/2012
agak gerun, tapi still tak khatam apa lagi. redho jela mak :/
yela, mana taknya.. banyak sangat aku kena baca. Lagi-lafi form six tahun ni sem baru.
Contoh soalan pun kita tak dapat agak macam mana, sedih okay!
cuba kalau buat macam tahun-tahun lepas, kan senang.. 
Aku mentelaah buku sampai demam-demam dibuatnya.. tapi aku malas nak layan demam ni sangat
nanti bertambah mengada sakit aku ni.so, aku redha jela apa yang dengan dugaan yang
ALLAH beri :') sakit sebenarnya.. tahan! i'm a good girl, cium sikit :-*

buat muka comel dulu :')

banyak sangat T.T nak mati aku baca semua ni, serius! 

masa ni aku fresh lagi nak baca buku, tapi stil sruppp sreekkkk *selsema*

dan time tu jugak lah tekak aku rasa semacam je :'/ tak dapat rasa apa-apa
serius! aku takde selera makan. sedih okkay sangat sedih T.T

esoknya terus demam, tapi still kena baca buku. exam sangat hampir!




*sakit kan bila hati berterusan "memikirkan" dia yang tak pernah ambil tau tentang kita
Demam, demam aku.. terselit kerinduan..


aku rindu bestfriend's aku, lagi sorang takde gambar.Bila nak jumpa, banyak sangat alasan diberi :'(
kbyeee



Friday, October 26, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Tahun ni macam tak raya sangat, bukan aku tak nikmati or hayati raya..
tetapi hati bagai sayu ditiup oleh sesuatu yang sedih..
sepatutnya kita sebagai umat islam yang menyambut perayaan ini, perlulah rasa bersyukur
seronok, dapat berkumpul beramai-ramai bersama sanak saudara..
Namun bagi aku tahun ni, paling biasa aku beraya..ramai yang telah pergi meninggalkan
buat selama-lamanya..bila aku bukak citer pasal kematian pemergian..oh rasa sayu hati..
aku cuba untuk tahan dari segala sebak..dengan pelbagai masalah yang timbul..
masalah family..masalah cinta..masalah belajar..
Hidup kalau tiada masalah, itu bukan hidup namanya.. Inikan pula si belang si rimba pun
turut ditimbulkan dengan masalah...Allah nak tunjukkan kepada kita erti kehidupan.
dan berdikari untuk menyelesaikan masalah itu sendiri, bukan berdiam diri terkaku bisu..
ok sudah.cukup.cukup.sudah.

HATI.TETAP.SEDIH/HAPPY.
MARI KITA SAMBUNG CERITA YANG LEPAS :D

 apa apa pun kita tenangkan fikiran dulu :)
SubhanaALLAH..sungguh cantik air di lautan :') pernahkan kau fikir semua ini? Pernahkah!

Macam pak ribut dah aku tengok rambut dia :3

*peace, ye I tahu I comel :D 
yaALLAH, siapakah bakal suamiku nanti...?

tidak putus-putus untuk mencari seorang suami :')
Aku nak suami yang selalu tegur aku, mengajar aku erti kehidupan sebenar, cintakan pencipta :')
yaALLAH, berikanlah aku seorang suami yang mencintai-Mu..aku sedang diuji dengan pelbagai
muslihat syaitan...berikanlah aku kekuatan..Amin...

hehehe, muka I sangat pelik time ni :/

kat Sabah aku sempat beli ni je, aku tak berapa minat sangat barang-barang dekat situ..So, sikit jelah beli untuk kengkawan, yang memborang banyak Ibu..semua dia borang dekat kedai -JAMILAH- situ okay sikit, sebab Ibu I pun kenal dengan owner kedai tu.. so, beli banyak dapat diskaun sikit :3 alamaklumlah Sabah barangnya mahal banget bah.

Ayah pergi Sabah ni pun, sebab ada urusan kerja..even dia kena pergi office jap..
tapi still ada masa untuk kitaorang :') sedih makk!
kau tengok, panas-panas pun dia still pakai baju kerja. semangat bapak aku ni bekerja..
Raya AidilAdha ni pun, dia tak raya dengan kitaorang...sebab dia sambut dekat Thailand dengan warga disana..takpe, kitaorang sangat faham keadaan Beliau :)
Apa apa pun, jangan sedih jangan menanggis di hari yang berbahagia ini..

*actly aku rindu dengan dua orang BestFriend aku* bye..