Tabung Haji :D

Saturday, March 30, 2013

Upper six 2013 SMKSAAS KAJANG #shoot #snap #byme #fieza

Aku tak tahu kenapa terdetik hati nak buat video ni, selama 2-3 jam jugaklah aku nak buat, nak fikir buat macam mana. Alhamdulillah aku berjaya menyiapkan video ni. Video ni sebenarnya khas untuk someone tu, tapi bila aku fikir-fikir balik. Perlu ke aku buat? sedangkan dia fikir tak aku? Aku banyak fikir pasal dia. Tapi, takde effect langsung, so aku buat cool buat duno dulu. So, enjoy lah bila tengok video ni k :D   Video upper six saas

Enjoy kay bro :D

Thursday, March 28, 2013

My Family

I'm happy with family. Yes, they are everything to me. I love mum dad and my sibling.
.Yes. 
Takde apa nak cerita. Hanya nak bagitahu yang aku memang selalu perlukan mereka dan sangat sayang mereka. Tanpa mereka aku tidak hidup, dan akan sengsara sepanjang hidup tanpa doa-doa mereka untuk aku. Sekian.

Maaf ayat terabur dek tidak banyak membaca.

Saturday, March 23, 2013

Puisi buat mu


BICARA BUAT KASIH YANG TERISTIMEWA 

Ku tuliskan bicara ini
Tika senja menyisih pergi
Melakarkan rasa hati
Dalam sehelai kertas putih

Bicara tanpa suara
Lahir dari jiwa
Yang sering merintih
Beban rindu menagih
Kasih dari seorang kekasih

Bicara kasih buat yang teristimewa
Cuba ku sampaikan dalam tarian pena
Menganyam sebaris dua kata
Menyimpul sehalai dua bicara
Agar bisa dirasa
Ada jiwa yang sedang tersiksa

Bilakan reda rasa resah
Andai jiwa sedang gulana
Menangis tanpa air mata
Merindu tanpa makna
Semuanya sia-sia... ... ...





 

Thursday, March 7, 2013

Baruku tahu

Baru aku sedar yang hidup ini seperti diatas pentas, semua manusia dilahirkan pandai, cuma pilihan manusia sahaja yang boleh menentukan halatuju yang sebenar. Kehidupan ini bukan untuk bermusuh sebenarnya, tetapi kita mungkin tidak akan memahami perasaan, kelakuan or what yang kita sendiri tak tahu. Orang selalu mengharapkan kita untuk fahami mereka, tapi pernahkah dorang terfikir yang kita tak boleh fahami perasaan mereka? sedangkan diri kita sendiri pun, kita tak faham. Macam mana kita nak lalui semua ni, kalau semua orang nak kita, faham mereka? Ada kalanya manusia berubah kepada kebaikan, dan ada juga manusia yang berubah pada kejahatan, aku sedar semua manusia tidak sempurna di muka bumi ini. Bukan niatku untuk bermusuh, tapi perasaan sedih gembira kecewa selalu bermain-main dihati. Bukan semua orang suka kita, dan bukan semua orang benci dekat kita. Apa yang aku harapkan aku dapat memaafkan & meminta maaf atas kesilapan sendiri kepada orang lain. Yes, bukan mudah untuk manusia berbuat demikian. Dengan itu, aku nekad insyaAllah ' aku cuba mendiamkan diri tanpa bersuara demi diriku sendiri untuk beristiqomah mecari kesalahan diri sendiri. Ye, aku bukan seorang yang sempurna.

typed by Nurhafieza Arshad


*maaf jika bahasa tidak teratur*