Tabung Haji :D

Saturday, October 19, 2013

Tips nak diet?? a.k.a Kurus??


Terasa benci apabila kawan-kawan anda mula mengejek dan memerli kerana bentuk badan anda. Adoiii, malunya rasa.. nak menyorok di belakang pintu tak muat pula. Apa boleh buat, terima sajalah hakikat yang anda itu GEMUK. Semua orang menginginkan badan yang cantik, sihat & langsing kan? Terutamanya "PEREMPUAN" betul tak? Sama lah macam aku, konon dulu berangan nak kurus, nak kurus siap beli macam2 nak diet. Haaaa kau sampai sekarang ahkak tak kurus-kurus, macam mana ni? Ahkak nak kahwin cepattttttttttttttt! Cecitttt! belum habis belajar dah fikir nak kahwin? Eh no no no! persediaan awal, haruslah nak badan yang cantik kan? Kang aku punya gaun kahwin tak muat pastu nampak noh lemak lemak kat badan? Haaa macam mana? Nak nangis Hoi T.T sekarang ni pun rasa macam air mata dah nak menitis. Oh dunia!  

Baiklah, mari kita amalkan diet yang baik :D Ni cara aku, disebabkan aku baru nak mula berdiet ni, aku dok buat eksperimen sendiri. Muhahahaha ikut hang lah nak ikut ke tak. InsyaAllah berhasil :) Dengan IzinNYA


Breakfast 
Aku cuma makan 1/2 mangguk Nestle Fitnesse & Fruit dengan susu low fat *ikut hang lah nak bantai susu apa, tapi low fat!


pastu boleh je kalau nak makan buah or sayur breakfast uh! Jangan kau skip breakfast sudah! Tak patut tak patut! Breakfast tersangatlah penting untuk kita. Sebenarnya, aku dah lama dah makan fitnesse ni dari form 5 memang turun berat badan aku. 4 kg kot turun! Entah syaitonnn mana dok pujuk hasut aku makan burger MCD time tu terus dan terus aku malas nak diet. Hambak hang lah, jangan sesakli kau ikut perangai aku. Niat biar betul ye anak-anak :)

aku beli susu yang dalam kotak, senang takdok orang nak rembat! Kang kalau aku letak dekat ice box
tak sampai esok habis. Macam mana nak diet T.T tsk tsk tsk Hahaha




LUNCH 

Lunch aku tak takde lah nak makan fitnesse ni jugak kan, aku ambik sikit nasi berlaukan ikan bakar or ayam bakar. Takyah dah kau nak makan makanan yang berminyak goreng goreng bagai. Displinkan diri kau tu sikit *cakap dekat diri sendiri* Kau nak diet tapi makan berminyak? Sampai ke tua hoiii kau macam ni je.

Ok je kalau nak makan macam ni, ikut kau lah. nak letak apa. Tapi yang penting ada sayur & Jangan makan makanan yang berminyakkkk k? JANGAN SAYANG


DINNER
Dinner aku makan 1/2 mangguk fitnesse ngan susu low fat. Jangan sesakli skip Dinner ngan Breakfast tau sayang. Apa yang penting sebenarnya kau kena displin sekaligus tahan sikit nafsu makan tu. Lantak kawan kau lah nak makan apa depan kau. Kau buat duno je. Biarkannnn kau nak kuruskan? Haaaa niat kena baik :) 



Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke gym Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak. Kalau nak berat badan turun cepat 'workout' lah k :D


Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.



Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Kau akan Kecewa! Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.


Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Shopping semua baju size "S" Wahhhhh terus nak S Takpe untuk diri sendiri Jah!


aku nak berat badan aku time ni!!!!!!!! *aku yang belan kanan sekali* walaupun taklahhh kurus mana, tapi aku suka bentuk badan macam ni dalam 63 kg. Perghhhhh Berat lah jugak kan. Tapi sekarang lagi lah melampau berat dia double!

now berat aku. dah........ cececetett!! biarlah rahsia... beza kan? besar sikit. wahhhh nak nangis! Byeee




Kuatkan semangat, selamat mencuba dan semoga berjaya! ;D
Pesan pada diri sendiri *aku nak bentuk badan macam dia blaa blaaa blaaa*

Wednesday, October 2, 2013

JOM DERMA DARAH :D

Ni cerita Isnin lepas, tapi baru nak cerita sekarang? Hehehe, I so busy. Banyak assignment nak kena settle, ni pun ada lagi sebenarnya tapi aku hilangkan stress dengan membebel kat blog, boleh? kau sanggup? Hahahahaha fedulik apa aku. Korang kena baca gak ahkak bebel. Ok? Buat muka comel buat muka comel ^^
Korang pernah derma darah tak? Kalau tak pernah sila2 lah menderma dengan seikhlas hati, Cewahh! "TAPI! KALAU KORANG NAK MENDERMA PASTIKAN BERAT KORANG LEBIH DARI 47 KG AND ALSO TAKDE SEBARANG PENYAKIT!" Fullstop!

Masa ni aku derma darah dekat sekolah, pusat darah negara tu datang kat sekolah, so aku takkan sia-siakan peluang ni. Sebab aku sukakan cabaran. Ehh? Derma darah je punnggg kan? 

Ok First2 dia bagi lah taklimat bla bla bla *masa ni aku takde kat dalam dewan* malas nak dengar. Hahaha
Pastu daftar nama bla bla, then nanti nurse tu bagi borang suruh kita isi maklumat2. Dalam borang uh dia tanya kua ado penyakit ni? penyakit tu? Alhamdulillah semua2 penyakit tu aku takde so boleh lah menderma. Pastikan dalam 1 minggu sebelum kau tak g cek gigi or cabut gigi, tak bekam and banyak lah soalan dia aku lupa ah banyak sangat :D DAN yang pasti dia akan tanya kau pernah main? Peh ayat ahkak, eh takdelah dia tanya macam tu kan, malu lah orang. Soalan dia macam ni, "pernahkan anda melakukan perhubungan bla bla" "pernahkan anda mengambil dadah" Haaaaaaa lebih kurang macam tu lah soalan dia. 

PENDERMA DARAH ni kena umur 17 tahun ke atas, so aku green light lah kalau nak derma :D. Hehehehe. Lepastuuuuuuuuuuuuu dah habis isi borang apa semua, dia check lah kita ni darah apa, darah O ke darah AB ke darah A. Nak tahu tak ahkak darah apa? Jengjengggggggggggggg



Ahkak darah O Darah ahkak tak kedekut oulss boleh masuk mana2 jenis darah Hekhok
dia ambik sikit darah kat tangan, terkezuttt ahkak time dia ketep jari, rasa macam kena gigit semut :p

After that, pergi kat kaunter 2 dia check nadi kita kot, aku tak berapa nak perasan time uh sebab dah start gemuruh wehhh nurse uh tahu2 je aku gemuruh siap boleh tanya lagi "takut eh" dengan rela mengangukkan kepala *skemanya ayat ahkak* pastu g kaunter 3 berapa banyak kaunter la..... Kat situ dia just nak tahu alamat rumah yg betul. Haaaaaaaaaaaaaaaaa tiba lah masanyaaaaaaaaaaaaaaaaaa! 

Sebelum tu!!!! Hahahaha nak cerita sikit, time orang pertama derma pehhh jantung aku bagai nak jatuh ke bumi weh. Tengok dia punyaa jarum mak ai! Berderau darah aku. Hahahahah Fikir lagi, fikir. Turn kawan perempuan aku kena baru aku rasa macam "Ok rasanya macam tak sakit" Ayat kasi positif sikit, nak pujuk diri sendiri. Aku banyak2 istighfar pasang niat yang betul, macam2 lah aku nak yakinkan diri. Di samping tu, kawan2 banyak bagi semangat. Pehhhh terus "Ok aku boleh lakukan untuk mereka" "Niat untuk membantu" Biarkan segala rasa kesakitan, takpe jangan biarkan mereka yang memerlukan menderita. Terus sazzzassss nurse saya dah sedia, dengan malu malu kucing, mana taknya semua nurse LELAKI wehhh... Handsome pulak tu kan. Hahahahahaha Tiba lah masanya jarum menghinggap di tanganku.



Jarum kecik ni boleh tahan sakit dia sebab dia nak kasi ubat tahan sakit kan.... Aku tak pandang pun weh time ni. Hahahaha kecut perut mak! Pastu tibalahhhh waktunya jarum BESAR pulak... Alaaaaaaa time ni kawan aku tak tangkap, agaknya dia pun takut tengok jarum se besar tu. Aku kasi gambar goggle lah k.

Haaaaaa besar ni, tapi jarum ni tak sakit time nurse uh masukkan... rasa biasa je dari jarum kecik tadi. Aku memang tak pandang lahh wehh. Hahahah Buat muka cool... Pastu datang lah member2 yang bagi kata2 semangat. Konon sweet lah tu? Hahahahaha Sayang korang

Haaaa kau tengok, mana nak takut semua bagi semangat. Yang tak boleh blah, bebudak ni kata nak terberanak. Otak kau! Hahahaha. Aku steady je time ni Alhamdulillah darah mengalir cepat padat dan pantas. takdelah aku nak menunggu macam sorang kawan aku ni. Mybe darah dia liat kot. Hahaha
Ni orang pertama yang menderma time tu. Hehehehehhe dia relax je laki lah katakan kena lah tunjuk hebat. Puiihhhhhhhhhh

perempuan yang pertama menderma. Terus aku semangat!



Alhamdulillah sudah menderma, ANDA BILA LAGI?
SEBELUM MENDERMA PASTIKAN ANDA SUDAH BREAKFAST


P/S : MAAF KOTAK "COMMENT TIDAK BOLEH DIBUKA"
Kalau korang tahu macam mana nak enable balik, bagi tahu aku. pening aku dok kodek2 nak suruh ada balik kotak 'comment tu' HELP ME :'(