Tabung Haji :D

Tuesday, February 21, 2017

PERCUTIAN KE KOTA KINABALU & KUNDASANG (DAY 2)

Mari kita teruskan ke part 2, sementara ingatan masih okay hahahaha.

Day 2 : Kundasang

Semalam kteorang tak dapat berjalan sangat, sebab hujan lebat non stop sampai malam okay. Maka berhuhu lah dalam bilik sampai pagi. Alhamdulillah pagi ni cuaca cerah & baik. Please alert about weather dekat sana, korang boleh seacrh dekat google.Kteorang terus check out pukul 7.30pg, 7.30pg pun matahari dah terik oiii.

First tempat kteorang pergi:

Kinabalu Park (RM3/sorang) Budak bawah 18tahun free

Adventure jugak jalan dekat sini, berbukit & bersimpang. Sampai berasap woi time tekan minyak...Dengan lori keluar masuk. Sepanjang perjalan nak naik atas, memang tak bukak aircond langsung.. On the way naik nampak gunung kinabalu, apa lagi turun tangkap gambar. SubhanaAllah sangat2 cantik, cantik tak terkata. Yelaaa sepanjang pergi Sabah 2-3kali tu aku langsung tak jejak ke sini, ini lah first time datang. huhhuhu sedih!

Cantik sangat2 gunung Kinabalu!

 Family

 Korang kalau nak tengok Gunung Kinabalu lebih clear kena datang before 9am, kalau tak memang nampak kabus jelaaa heh
Jom mendaki! Hehehe, entah sampai hari apa pulak dekat puncak tu kang. Tapi aku salute lah maling2 (pendaki Sabah) yang lelaki siap bawak peti ais 2 tingkat kot kau ghase? yang perempuan bawak tong gas? whattttt the memang perghhh salute habis ahh! Aku tak banyak ambik gambar dekat sini, sebab nak menikmati pemandangan gitu.. tapi sempat pulak ambik video ;P nanti aku share link video

pondok untuk register siapa yang nak mendaki


Next place?????????? tempat yang dinanti2kan

Desa castle diary farm, Kundasang 

Masuk: RM5/Sorang (2016)
8pagi-5petang


laluan nak ke diary farm


             Nampak je lembu terus excited!! 
 Beli ice-cream yogurt dulu ;p
Terliur tengok balik gambar aummmmm sedap2 RM5.5/cup



Time ni dah berkabus, so tak nampak Gunung Kinabalu dekat belakang tu
Nak nampak Gunung kena datang before 9am okayy

Susu Segar Coklat pun sedap jugak RM5.50 tak silap






 Lepak2 makan ice-cream




Cantik sangat pemandangan kat sini

Bagi lembu minum RM2/botol , Berebut2 nak minum aku syak lembu tgh lapar sangat dah ni

Rumput RM1




Byeee.. semoga bertemu lagi...

Lepastu kteorang pergi Fish spa, dekat situ satu gambar or vid pun tkde okay! first sebab hujan renyai2 then aku tak tahan nak berak , dengan toilet baru tak siap lagi haaaa merebut2 memasing nak masuk
Fish spa masuk RM5/sorang (20minit-30minit)
makanan ikan RM1/plastik kecikkk

Bye Kundasang, jumpa lagi nanti... So kiteorang akan bermalam sehari dekat Kota Kinabalu. Before balik tunaikan hasrat masing2 nak makan Lokan. Again!!


kedai ni tak berapa fresh & sedap, hmmm kuciwaaaaaa dah lah time ni tengah hujan lebat. Lokan ni size besar tapi bila bakar kecut sekecutnya huhuhu...



Siapa yang terlepas part 1 boleh click link bawah ni

Monday, February 20, 2017

PERCUTIAN KE KOTA KINABALU & KUNDASANG (DAY 1)

Hi Assalamualaikum semua, fuhhh baru harini ada masa/mood nak update hehehe ;p

Sejak viral TRIP BAJET ke Bandung, ke Kundasang laa.. sampai aku pun terjebak dengan viral2 ni. Tapi bagi aku ada baiknya jugak viral, baru lah kita semua tahu sebenarnya Malaysia ni ada banyak tempat2 yang menarik.

Sebenarnya aku dah pernah pergi Sabah dalam 2-3 kali cuma zaman aku pergi tu takde viral2 mcm sekarang, kalau aku tau tiap2 kali pergi Sabah confirm singgah tempat2 cantik dekat Kundasang, So dengan kuasa viral ni, aku dengan family jejak semula ke Sabah pada 23/10/2016-25/10/2016 (Ahad-Selasa) Kteorang booking flight, awal pagi 6.30pg. Pergi KLIA naik kereta parking dekat KLIA2, nanti aku cerita berapa bajet semua2 ke sana ya :) Persiapan dari segi booking flight, chalet, appartment semua di buat sebulan sebelum pergi hehehehe kira ni tak berapa nak bajet lah kot kan

 Day 1 : KK - KUNDASANG

Pukul 3.30pagi dah siap2 nak ke KLIA 2, sebab flight kteorang pukul 6.30pagi. Dari rumah ke KLIA naik kereta & park dekat KLIA2 3 Hari. Alhamdulillah sampai dalam pukul 8.30pagi, terus breakfast dekat KK, sorry aku lupa nama kedai makan tu.. tapi!! wow mahal okay breakfast je sorang RM15.

 BANDAR KOTA KINABALU

Next tempat yang kteorang pergi!!! Makan Lokan dekat Tuaran, fuhhhh sedap nak mampos kot lokan ni nak pulak bila cicah dengan sos yang dorang buat sendiri

terliur pulak tengok gambar ni, aummmmm sedap!

Lokan & Air Kelapa Besar 

 Lokan ada 2 size : Besar rm12/ Kecil RM8 (kteorang ambik size besar)

tuan blog


Besar kan Kelapa ni? Memang nikmat! Baru RM3.50

My Hero/ Air kelapa kongsi 4 orang

My siblings

Kalau nak makan Lokan, makesure makan dekat kedai ni, dijamin sedap!  
Gerai Sri Cahaya 2
Lokan sebelum dibakar, korang boleh pilih nak kecik/besar

Cara dorang bakar Lokan

Lepas makan lokan, singgah pasar area nak ke Kundasang. Tak sure ni buah apa, tapi sedap not bad lah ;P

Next place! TAGAL LUANTI SG MOROLI (FISH SPA) tapi hujan.. kalau hujan tempat ni akan ditutup. So pergi keesokkan harinya.

Hujan sangat2 lebat, biasalah dah nak akhir tahunkan musim tengkujuh. So nak buat banyak aktiviti pun tak berapa nak best hehe. Jadi kteorang decide tapau makanan then checkin terus kat chalet.. Better tapau jelaaa, sebab kalau nak keluar balik jalan sangat gelap area Ranau - Kundasang

     Kteorang anak beranak bermalam dekat AYANA HOLIDAY RESORT, RANAU (3BILIK)
dekat Ranau - Kundasang ni memang sejuk sangat2, jadinya chalet ni takde penghawa dingin & memang tak perlu ada aku rasa, malam tu berselubung pakai sweater & selimut tebal huhuhuhu lagi sejuk dari Cameron Highland. Nak ke toilet pun fikir banyak kali. Air pun sejuk! Guna Waze je cari tempat ni

pemandangan dekat sini memang cantik sangat! Nak pulak tempat ni baru je dibina 
          
 kabus tebal
 Korang yang ada family sakit kaki ke apa, better booking hotel lain. Sebab nak ke bilik turun naik tangga kot. heheh tapi bagi aku tempat ni memang best gila!

Belakang tu bilik kteorang 


 Bilik ioulss berdua dengan kakak, besar, bersih & selesa
 kabus tebal gilos

bukak tingkap nampak view cantik <3

2 Standard Queen : RM98/Day x 2 : RM196
1 Superior room with private balcony




Next place???? Tunggu.......................




Video Kundasang