Tabung Haji :D

Tuesday

PERCUTIAN KE KOTA KINABALU & KUNDASANG (DAY 2)

Mari kita teruskan ke part 2, sementara ingatan masih okay hahahaha.

Day 2 : Kundasang

Semalam kteorang tak dapat berjalan sangat, sebab hujan lebat non stop sampai malam okay. Maka berhuhu lah dalam bilik sampai pagi. Alhamdulillah pagi ni cuaca cerah & baik. Please alert about weather dekat sana, korang boleh seacrh dekat google.Kteorang terus check out pukul 7.30pg, 7.30pg pun matahari dah terik oiii.

First tempat kteorang pergi:

Kinabalu Park (RM3/sorang) Budak bawah 18tahun free

Adventure jugak jalan dekat sini, berbukit & bersimpang. Sampai berasap woi time tekan minyak...Dengan lori keluar masuk. Sepanjang perjalan nak naik atas, memang tak bukak aircond langsung.. On the way naik nampak gunung kinabalu, apa lagi turun tangkap gambar. SubhanaAllah sangat2 cantik, cantik tak terkata. Yelaaa sepanjang pergi Sabah 2-3kali tu aku langsung tak jejak ke sini, ini lah first time datang. huhhuhu sedih!

Cantik sangat2 gunung Kinabalu!

 Family

 Korang kalau nak tengok Gunung Kinabalu lebih clear kena datang before 9am, kalau tak memang nampak kabus jelaaa heh
Jom mendaki! Hehehe, entah sampai hari apa pulak dekat puncak tu kang. Tapi aku salute lah maling2 (pendaki Sabah) yang lelaki siap bawak peti ais 2 tingkat kot kau ghase? yang perempuan bawak tong gas? whattttt the memang perghhh salute habis ahh! Aku tak banyak ambik gambar dekat sini, sebab nak menikmati pemandangan gitu.. tapi sempat pulak ambik video ;P nanti aku share link video

pondok untuk register siapa yang nak mendaki


Next place?????????? tempat yang dinanti2kan

Desa castle diary farm, Kundasang 

Masuk: RM5/Sorang (2016)
8pagi-5petang


laluan nak ke diary farm


             Nampak je lembu terus excited!! 
 Beli ice-cream yogurt dulu ;p
Terliur tengok balik gambar aummmmm sedap2 RM5.5/cup



Time ni dah berkabus, so tak nampak Gunung Kinabalu dekat belakang tu
Nak nampak Gunung kena datang before 9am okayy

Susu Segar Coklat pun sedap jugak RM5.50 tak silap






 Lepak2 makan ice-cream




Cantik sangat pemandangan kat sini

Bagi lembu minum RM2/botol , Berebut2 nak minum aku syak lembu tgh lapar sangat dah ni

Rumput RM1




Byeee.. semoga bertemu lagi...

Lepastu kteorang pergi Fish spa, dekat situ satu gambar or vid pun tkde okay! first sebab hujan renyai2 then aku tak tahan nak berak , dengan toilet baru tak siap lagi haaaa merebut2 memasing nak masuk
Fish spa masuk RM5/sorang (20minit-30minit)
makanan ikan RM1/plastik kecikkk

Bye Kundasang, jumpa lagi nanti... So kiteorang akan bermalam sehari dekat Kota Kinabalu. Before balik tunaikan hasrat masing2 nak makan Lokan. Again!!


kedai ni tak berapa fresh & sedap, hmmm kuciwaaaaaa dah lah time ni tengah hujan lebat. Lokan ni size besar tapi bila bakar kecut sekecutnya huhuhu...



Siapa yang terlepas part 1 boleh click link bawah ni

1 comment:

Khaidir Khaizuki said...

bestnya.....im your 226 folowers ;)
http://khaidirkhaizuki.blogspot.my/2017/03/lets-talk-about-passionare-you-love.html