Tabung Haji :D

Wednesday, January 20, 2016

Lobster sedap murah di Sg Siput

Dah lama tak ziarah makcik aku yang dekat perak, dulu dia stay Kl boleh lah lagi p rumah dia, sekarang since dah stay Perak hulu Sg.Siput sana langsung jarang2 nak pergi tengok. So, ayah decide nak pergi rumah makcik lepas g Penang! Gila kan? Apak aku kuat drive ni wehhh. Aku nak drive mak aku pulak tak bagi. Hehehe. Sampai2 je makcik aku masak Ayam kampung masak kari, Cendawan Kampung, Sambal belancan perghhhh memang sedap gila lah kan wehhh Sapa je yang tak suka masakan orang kampung ni. Lepas dah makan, mandi & solat mak aku pulak teringin nak makan Lobster! Wehh first time aku makan Lobster yang sedap gila & murah nak mam....
Gila kau dah lah sedap, murah nak mam pulak. Makan 5-6 orang pun kenyang tau! 
Tempat makan yang selesa korang boleh pilih nak duduk makan kat dalam ke luar.

Hi si Kacak! Kacak habis ni! Awwww




Dia ada 3 jenis Lobster. Lobster yang aku makan ni Slipper Lobster RM80 murah kan? Ada yang RM30 aku tak ingat Lobster apa hehe. Dah lah siap ada kentang, dengan kuah dia perghhhh sedap nak matikkk wehh. Korang kena try kalau pergi Sg,siput ni! Dia punya Chicken Chop ngan Lamb Chop pun sedap! Pinggan yang besar sepenuh-penuhnya dia letak.


Kalau nak book, tanya jalan ke apa korang boleh call no yang kat atas tu tau! Wajib singgah sedap gilo! 10 Bintang Nora Bagi 



Thursday, January 7, 2016

BERCUTI DI PENANG PART 2 (WONDERFOOD MUSEUM)

Korang sedia maklum Pulau Pinang/Penang ni banyak tempat best-best, rugilah kalau kau pergi Penang duduk tidur dalam hotel. Serius Rugi Besar!

So, kali ni aku nak up entry pasal WONDERFOOD MUSEUM yang terletak di 34 Lebuh Pasar,
Pulau Pinang, belakang jetty, sebelah Cimb. Wonderfood ni 8 minit dari Hotel Sentral Georgetown. Okay, buat pengetahuan korang aku tak tahu pun wonderfood ni ada kat sini, aku tau pun sebab aku rajin google kehkehkhe. Malam tu jugak aku search tempat apa yang best nak pergi pagi besok! Dengan plan yang huru hara ni kan..

Kalau korang nak tau, wonderfood muzium ni, dorang pamerkan replika makanan yang betul-betul real! Aku masuk je, terus lapar, wehh! sumpah real gila replika dorang! Nak sentuh memang tak boleh lah yer, setiap stage ada orang jaga! hehehehe Dah lah replika tu besar2 gedabak aku rasa macam nak ambik masuk dalam beg

Paling senang nak carik, korang guna lah waze yer, kau pasti akan nampak Tanda Bulat huruf W tu!
Confirm jumpa! Sebab jalan situ sehala je

So, kiteorang masuk berempat je, apak ngan Ibu dok dalam kereta, sebab memang takde parking kosong yer, memang malas ler dorang nak cari huhuhuhu. Tapi aku rasa ada je... pepandai lah korang tengok kiri kanan yang park kat dalam

Open everyday from 9am-6pm last admission 5pm
Adult : RM15 (Mykad)
RM 25 ( without Mykad)
Senior/Student/Children (3-12 yrs old) : RM10

Sebelum masuk, korang akan nampak replika ni dulu. YaAllah Ais kacang/Cendol real kan?
Perghh!!


Jom kite beraksi!

Cukuplah bekalan untuk setahun tak basi2 :P

Masa ni tangan aku gatal je nak pegang masuk mulut! Apesal lah makan tempek kat dinding, kalau ada atas katil syok sikit! Haha

kau tengok! tangan takleh nak juga pegang!
Hi bang sorang je ke? 

Wonderfood ni bukan je saja-saja nak pamerkan replika, tapi ada maksud tersirat & tersurat ye!
Semua jenis makanan Malaysia ada, Makanan orang Melayu, Cina & India perghh amaaa sedap baq hang, baru tengok replika dah rasa lapar sob sob sob


 Ni time perayaan Tahun Baru Cina, Makan besar laaa!

Wehhh! Yang kat pinggan tu! T__T Nampak real kan? Siap ada sambal belacan lagi!
Ni kalau betul-betul kenyang weh, takyah buat 2 kerja dah opssss :p


Haa pilih2 Dapat lunch lauk-pauk macam ni pun sedap gak! nyummm

Cuba bayangkan makanan yang kita makan tetiba berubah menjadi colourful?
Perghhhh! Mau kencing manis agaknya 

Imagine if food like this? Kau boleh masuk anak tekak tak? Tengok pun dah tak lalu kan



Nah! Tatap!



Layan lah gambar-gambar ni, aku cuma nak bagitahu, Kalau dah sampai sini jangan lupa pergi!
Memang best! Dorang bukan calang-calang tau nak buat replika yang realistik ni ada dari bahan buangan, aku lupa dorang pakai apa buat semua ni. Dorang ada bagitau, i is lupa ok. Sorry


ni buat aku kecur! Serius nampak real! gurlpp laparrrrr

the Big Cendol
so sawittt! 









Actly, ada banyak part lagi tau! Bukan ni je. Kalau nak masuk semua sampai tahun depan tak sudah dok upload gambar kan. So korang kena pergi tengok sendiri lah yer. Memang tak rugi pun kalau masuk. Sangat2 berbaloi-baloi Sebab semuanya nampak real! Memang debavommm lah pemikiran owner Wonderfood ni, Time nak keluar aku terserempak dengan owner Wonderfood ni, peramah je orangnya, lupa nak bergambar hihihihi. Okay, tu je kot nak kongsi.
Esok esok aku up plak Part 3! Tungguuuuuuuuuuuu

Seberang pertanyaan tentang Wondefood Museum ni korang boleh tengok page fb dorang
https://www.facebook.com/Wonderfoodmuseum/?fref=ts

P/S: SILA DATANG AWAL! KALAU TAK, PANDAI2 LAH FIKIR!

Monday, January 4, 2016

PENGALAMAN BERCUTI DI PENANG (PART 1)

Bismillahirrahmanirrahim


Semoga aku tabah dan terus berjuang update entry kali ni. Ecehhh! Korang pernah pergi Pulau Pinang atau Penang? Kali ni betul-betul ayah buat suprise, aku banyak kali tanya nak pergi mana ni yah..Sekejap Utara, sekejap nak pergi Jb! I is pening tau! plane last minute memang awesome okay, sangat awesome. Kali ni memang pergi bercuti hujung-hujung tahun, dengan tak book hotel, tempat makan & jalan pun main redah. Gila kau? Memang bajet lari lah gamaknya kan. Tapi aku on saje kalau ada yang sponser, Aku tak tanya pulak berapa bajet semua tu. Tapi insyaAllah aku ingat berapa kos stay hotel, makan masuk situ sini. Haaa nak tau, teruskan membaca yerr!!! Psttttt pesanan janganlah on cuti yang tidak bercadang, menyesal engkorang nanti! 

Sebelum tu aku nak bagitau, percutian huru hara awesome ni sebanyak 3 tempat dalam masa 4 hari 3 malam, first ke Seberang Prai (KEDAH BAQ HANG) , Penang & Perak percaya atau tak, mehh jumpa Apak ku. Dia yang drive yerrr!! Ibu tak bagi aku yang drive, so aku banyak tidur dalam kereta. Hahahahaha! Ayah memang awesome!! Aku memang tak tau ayah nak bawak pergi mana, pagi2 26/12/2015 tu dia suruh siap2 pack bawak baju lebih, aku lejan je bawak 10 helai baju, 3 seluar, tudung satu beg kecik hambikkk mmg muat2 macam sardin! Aku bawak beg sekolah yerr! tapi yang jenis besar. Pepandai lah kau kecik2kan baju tu. So, pukul 8 pagi lagi dah kteorg dah keluar, nak pergi ambik adik aku kat kampung pasir kl, rumah makcik aku. Sebok benau nak duduk situ sebabnya ada cousin aku yang sebaya dia. Haaa biasa lah, kalau dah jumpa makcik2 ni kemain lama lah berborak yer, makan tidur jap. Tengok2 dah pukul 12.30! Masuk kereta terus jalan, aku macam biasa lah membongkang zzzzzZZZ tengok2 dah sampai Butterworth dalam pukul 4.30 macam tu. Tanjat aku dah sampai Butterworth! Gilaa Ayah memang awesome! Kalau aku bawak, tak tau lah sampai pukul berapa gamaknya!

Sampai2 jer perut terus krikk kruukkk haaa waze mana tempat yang ada mee udang area butterworth, 
ida's mee udang tak silap. Dalam lapar2 ni, tekak aku boleh rasa dengan jujurnya ye, sorry lah memang mee udang sini tak sedap, aku tak habis pun makan. Kalau korang nak rasa jugak ikut lah, mybe kita punya citarasa lain-lain, aku rasa mee udang ni dia letak sos je, memang rasa sos sahaja yer! Last2 aku makan apak aku punya mee goreng udang, nasib berselera hihihihihi! memang tak sempat nak tangkap gambar, lapar plus sedap lah jugak. Kalau korang makan kat ida's mee udang ni, aku sarankan jangan makan mee udang. Okay bye! Jangan kencam aku pulak! So, lepas makan baru aku tersedar, apak aku nak bawak pergi rumah Mak angkat kteorang yang dulu masa kecik2 jaga kteorang 4 beradik dari 6 orang. Sempat jaga 4 orang je, sebab Mak angkat aku kena pindah Kedah.
Sepanjang Mak angkat jaga aku, memang aku gemok dari kecik sampai lah ke besar. Makan memang cukup lahh dia bagi. Huihuui. Thanks Mak! Jaga Kteorang :) Malam tu aku sempat lah dok mencari hotel nak stay nanti dekat Penang, sebab malam tu jugak apak aku baru bagitau nak g sana. Nasib dapat yang murah time2 cuti sekolah ni, tapi biasa lah ramai orang kan

Okay, the next day 27/12/2015 
Kteorang gerak dari Seberang Prai pukul 12 gak lah! Hahaha well, kalau dah dekat negeri orang ni takkan tanak berjalan kan, pagi tu Ibu beli bantal yang kabus dia aummmm memang sedap lah bawak tido. Ibu pergi dengan ayah je dating berdua. Aku macam biasa membuta lah lagi pagi tu!

Sebelum aku tidur, baik aku selfie dlu kang merana takde gambar sendirikk!!

Sampai Pulau Pinang pukul 1.30 macam tu, ala dekat je dari Rumah Mak, kot lahh! hahaha bukan aku yang drive! panjang lah jugak jambat Pulau Pinang ni ek. 


Kteorang stay HOTEL SENTRAL GEOGETOWN
 Ni gambar pakcik Google
No, bad lah toilet dia

Satu malam dalam rm 140 dah masuk tax semua tu, kteorang ambik 2 bilik so total rm280
Murah kan? Tapi aku book kat agoda lah, jangan kau walk in pulak, silap2 mau rm300 satu bilik!
Rehat2 dulu lepastu pukul 3 gerak g carik makan lagi, kali ni cari makan dekat Batu feringgi
Aku tak snap gambar makanan pun, sebab lapar!hahahaha korang layan lah dulu gambar ni




bihun sup kat sini sedap!! sedap gilaaaaaaaaaa! Murah je rm5. Kteorang kongsi2 sebab semua dah kekenyangan makan laksa, Air itam Zarie tu apak aku hujung sekali, orang kuat awesome semua lah!
Sayang Ayah!!!!

Malam kteorang lepak dekat padang tembok lama, layan live band 

Ni view menghadap Pantai tau!! Memang nyaman je dengar.. sambil dengar live band sambil layan bunyi pantai.. rugi kalau korang tak pergi sini!!! hehe

                                                 


Okaylahh, aku ada kerja nak kena buat ni. esok kita sambung part yang paling2 best! Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!
Ais Kacang/Cendol Sedapp wehhh makan gedabak besar cmni, tahan setahun beb!
Bye!