Thursday

Trip Bajet Cameron Highlands (Part 3) 2016

Yeayy, akhirnya misi aku berjaya juga sampai last part, Horeyyyyy

Esoknya, memasing tak boleh buka mata. Layan kesejukkan... Memang layan habis weh, aku bukak tingkap je berdesup angin masuk... Okay bagi yang ketinggalan part 1 & part 2, korang boleh click link dekat bawah ni..

Trip Bajet Cameron Highland - Part 1
Trip Bajet Cameron Highland - Part 2

Last tempat yang ada dalam list kteorang adalah "Lavender Garden, Tringkap Cameron Highland"


Lavender Garden ni buka hari2..
Bayaran masuk : Dewasa RM8.00 / Kanak2 Rm5 (2016) kalau next year naik lagi tak tau la ye, tahun lepas tak silap aku masuk RM6 Sahaja untuk dewasa

ni dekat area2 memula nak masuk..

Ice-Cream Lavender! Sedap Gila2, rugi kalau tak rasa Rm8.00/cone

 Ni kedai ice-cream tu, dekat dengan pintu masuk

Layan ~


Cantik sangat2 bunga2 dekat sini, rasa macam dekat overseas tau 


tuan blog posing poyo haha





Banyak lagi gambar, aku masukkan sikit jelaa ye. takut korang muntah hijau pulak haha

Dekat sini baru aku petik strawberi fresh2 dari pokok dia, aummmmm sedap manis masam semua ada

1 Bakul maximum boleh petik 200gram shj ye, boleh 2 orang petik untuk 1 bakul

 Aummmm sedapnya...

Aku punya terlebih 10gram so kira halal la, 100g RM5

dah penat petik, makan pulak.. kalau datang cameron ni, haihhh semua nak strawberi.. 


ice-cream strawberi pun sedap, tak ingat berapa rm hehe
Bye2 Lavender garden.. nanti kteorg datang lagi

Lepas tu terus pergi pasar kea farm, nak turun balik memang jem la weh, orang2 singapore datang mai cameron.. Bukan peak season pun jem apatah lagi peak season kan.. Kea farm banyak juga orang jual2, aku tak sempat nak tangkap gambar.. sebab rushing nak balik pulangkan kereta sewa hehehe.
So, nak kata best ke tak pergi cameron highland ni.. jawapan aku memang best! Sebab sejuk & banyak straberi tau hehehe i like!


Friday

TRIP BAJET CAMERON HIGHLANDS (PART 2) 2016

Trip Bajet Cameron Highland (Part 2) 2D1N -HOTEL HONG KONG BRINCHANG

Kteorg stay dekat HOTEL HONG KONG, BRINCHANG. kononya nak pergi pasar malam brinchang so decide nak stay sini. Memang dekat sangat dengan pasar tu 5 minit jalan kaki dah sampai.. Sebelah je dengan Hotel.. Pasar malam ni dorang buka setiap hari Sabtu sahaja.



RM140/day (deposit RM50) Standard Double Room

Aku tak cadangkan untuk yang family besar, bilik kteorg stay sangat2 lah sempit! Berempat pulak tu haaa memang sorang kena tidur dekat bawah lah ye.. nak solat pun sorang je muat...Toilet semua cantik,bilik bersih cuma space sangatlah sardin haha. 

 Malamnya kteorang pergi pasar malam brinchang, woiii jem orang2 yang stay dekat tanah rata turun.. dengan parking memang limited... maka berhuhuhu la.. nasib baik kteorg stay dekat area2 pasar malam ni.



Kteorg beli je makanan dekat pasar malam, makan dalam bilik, aku beli nasi goreng ayam & Cendawan jarum. Nasi goreng rasa kicap haaa layan janji kenyang.. Lagi2 tengah sejuk memang dah tak fikir sedap ke tak hahha

Bagi aku pasar malam ni biasa je, takde benda yang best, murah? Apa ntah lagi.. better nak shopping dekat kea farm :)


macam ni lah space bilik kteorg hahaha, memang macam sardin dah aku tengok, Tido malam memang berebut selimut lah weh! Sejuk gilaa.. Hotel ni takde sediakan aircond ye.


gambar dari cik goggle hehehe

Okay lah, sambung part 3 pulak. Nak bawak korang pergi tempat fav ice-cream aku ;P




Tuesday

TRIP BAJET CAMERON HIGHLANDS (PART 1) 2016

Trip Bajet ke Cameron Highland

Woiii lamanya tak update!!!! ok sekarang dah rasa rajin sikit baik kita type laju2 takut mood ke laut nanti. hihihihi

Aku pergi Cameron Highland dah lama dah, sejak 26/03/2016-27/03/2016 (2 hari 1 malam) Sekarang baru ada mood nak update muhahahaha! Aku dah plan sebulan sebelum nak pergi. Biasalah tanak nanti time pergi baru lah nak terhegeh2 cari hotel, silap2 time pergi full haa nak tido mana? hehehe.. Walaupun bukanlah pada peak season.. Cameron Highland always jem! Tempat perlancongan lah katakan 

Sebelum pergi, aku memang dah siap-siap buat list dari segi hotel, sewa kereta, minyak, tol, dan tempat-tempat menarik yang boleh kteorg terjah.. Aku gi sana berempat.. semuanya perempuan! Macam tak percayakan yang kiteorang semua perempuan?? Kteorg ikut tapah dari kuala lumpur, ikutkan nak lalu Simpang Pulai.. Tapi ramai kata jauh sikit dari Tapah..So tak jadilah nak ikut simpang pulai.. Kiteorng gerak dari rumah pukul 4 pagi dari tol gombak.. Singgah R&R Tapah dalam pukul 6 pagi.. Sampai Tanah rata dalam pukul 8.30pagi.

Ini adalah bajet untuk 4 orang, tidak termasuk makan,shopping & bayaran masuk ke tempat menarik
Kalau tolak sewa kereta, pandai2 lah kira sendiri ;P


First Day


Pagi-pagi dah gerak dari rumah, sah2 lah tak breakfast lagi kan.. So, sampai2 je dekat Tanah Rata.. Kteorg pun pergi first place yg dah di listkan.. Sebelum naik tanah rata aku dah macam kembang kempis jap, yela dah lama kot tak naik cameron perasaan happy teruja semua ada! Sampai2 je jakun wowwww sejuknyaaa.. wowwww, padahal dulu-dulu lagi lah sejuk yang teramat! Tapi dekat Tanah rata panas sikit laa, tak sesujuk brincang


Memang kebulur tahap dewa dah time ni! Mana taknya, gerak dari rumah pukul 4 pagi sampai sini pukul 7.45 haaa nasib baik ada kedai makan area Cactus Valley, memandangkan cactus valley adalah first tempat yang kitaorang nk pergi.. so breakfast sini jela..
Nasib baik roti canai dia sedap! Wow, dia punya kuah pehhh berdesup sedap, korang yang tak tau nak breakfast dkt mne, leh pergi sini.. Orang Melayu ye yang jual. Lagi satu sini takde ais, kot2 tetiba tekak nak ais.. jangan nak mimpi boleh dapat! Hahahaha



Second place, BIG RED STRAWBERRY FARM 
OPEN 9AM-5PM (Masuk Free)

Big red starwberry ni sebelah dengan cactus valley jalan kaki 5 minit dah sampai, masuk adalah percuma.



Mesti korang tertanya2 kata pergi ladang stoberi, tapi takde pun stoberinya? Time aku pergi ni, stoberi malu2 nak keluar.. jadinya sebiji stoberi pun takde dekat big red ni.. kecewa sungguh tau, sebab i nk jugak merasa petik stoberi fresh!


siapa peminat cactus, boleh lah beli. ni cactus besar sikit ada yang kecik 6 rm10



Ticket nak masuk Cactus valley tak silap RM4 tapi aku tak masuk pun

Bagi aku kedua-dua tempat ni takde lah berapa best sangat untuk orang yang dah berkali-kali naik cameron. So, kitaorang habiskan masa dekat sini selama sejam sahaja.

So, next place....
Dalam perjalanan ke tempat yang dinantikan kita singgah menyinggah beli stoberi, yelaaa tak dapat petik stoberi kita beli jela...

 Kecur liur tengok stoberi ni, ada yang manis ada yang masam 
Aku dapat kecik 4packs RM10 (masa ni nak try dulu sedap ke tak, nanti masa balik nak beli lagi)
Sorry aku tak ingat ni dekat mana tapi depan kedai stoberi corner 


 nom nom




stoberi yang aku beli dekat atas tu depan kedai ni, memang murah tau! 


Next tempat yang di nanti-nantikan, aku memang berangan habis lah nak pergi! 
Cuba teka dekat mana? 


BOH TEA PLANTATION SUNGAI PALAS
OPEN FROM 9AM to 4.30PM (Closed on Monday)
Masuk FREE

Nak pergi sini hati kena sado! Tau sebab apa kena sado? Haaaa nak masuk ke tempat ni, jalan ni ya Allah punya lah sempit! Korang kena bagi signal hon untuk kereta yang arah bertentangan untuk tahu kereta korang wujud. Jalan dia memang belok2 dan sempit. Tapi jangan risau, ada yang jaga. Dah sampai alhamdulillah parking ada, dan bernasib baik dapat park dekat. Jangan risau parking adalah free. Nak naik ke tempat makan tu, korang kena menapak dalam 300 meter gak lah, tapi tak rasa penat sebab masing-masing sebok tengok pemandangan & tangkap gambar. Tapi dengar cerita sekarang tak boleh nak masuk park sampai dalam, tak sure lah mana satu betul 

 Nampak? Seram kan? dah lah sebelah gaung. Memang berhempit lah dek non nak jalan

Ni tempat parking yang ada dekat atas

alolololo mucuk2 ku hehehe
Dekat atas tula, tempat makan yang orang sebok2 cakap tu

Menapak 300 meter, bergetar lutut hahahaha!
Yeayyy dah sampai!!!!!! Jenuh jugak lah nak cari tempat duduk, nasib2 je siapa yang dapat duduk view ni hihihihihihi. Kalau tahan, tunggu lah sekejap orang habis makan. Nasib aku sampai2, orang yang duduk view cantik ni nak habis makan, so tggu lah kejap hehe

 kesayangan <3

 not bad scone ni sedapppp makan dengan jem stoberi aummmm

 Paling Suka & Sedap (aku memang hantu green tea) *Green tea Cake*

Tq my cousin belanjer dessert2 ni semua hehe muaahh ciked, moga murah rezeki 

nyummm !

Lepas makan, terus gi kedai yang jual pelbagai teh



Paling suka tea peach ni, sedap! Dekat pasaraya pun ada murah seringgit tak silap aku




Bye2 Boh tea Sungai Palas, moga ketemu lagi


nanti dah nak turun, jangan lupa singgah dekat sini tau.. dia area2 boh tea ni jugak... park tepi ada ruang parking, cantik juga view dekat sini hehehe

Okay settle part 1, jumpa nanti di part 2 Jeng jeng nak berpart2 bagai, iyolaa banyak naw gambar nanti kau muntah ijau pulak haha