Tabung Haji :D

Wednesday, March 1, 2017

PERCUTIAN KE KUNDASANG - KOTA KINABALU DAY 3

Uwaaaa dah day 3, sedih tinggalkan Kundasang.. Aku jamin korang takkan menyesal pergi Kundasang! Semua tempat dekat sana cantik2

Day 3 - Kota Kinabalu

Kteorang bermalam di Marina court resort condominium RM227/night, Condo ni ada swimming pool.. 3 bilik 2 toilet & set dapur lengkap. Siapa yang datang sini beramai2 boleh lah booking condo ni, Book dekat Agoda senang hehehe.sampai2 je terus tidur sebab malam kteorang ada aktiviti makan. Wuuuuu bunyi macam best kan?

 Ruang tamu (gmbr google)

 gambar google


 boleh masak, semua ada pinggan, periuk, cawan, microwave pun adoo (gambar google)

 mesin basuh pun ada (gambar google)


Rupanya malam tu aku tak tangkap gambar langsung woi! Tapi aku ada buat video, nanti aku share link dekat korang ye. Korang kalau nak makan seafood, carilah tempat yang okay & murah dekat KK ni. huhuhu, Malam tu kteorang makan Seafood dekat Restoran Nelayan tepi tasik, ikan, udang & ketam memang fresh la kan.. sebab pilih time hidup2 lepastu dia masak. Before makanan sampai, ada persembahan tarian2 tradisional macam2 tarian ada. Meja penuh dengan Foreigner area2 pentas.

Malam tu kteorang request, Udang goreng butter, Ketam nipah masak lada, Ikan siakap 3 rasa & masak steam ala cina punya. Orang tu yang suggest masak steam ala cina sedap. Tak sampai 1 gigitan kot, terus buwerkk! tak sedap langsung woi! Rasa nak pitam bila makan, bukan aku nak cakap cara masakan cina ni tak sedap, aku pernah je makan masakan cina sedap & boleh telan. tapi yang satu ni memang nak muntah pffftttt! Lepasni kalau korang cadang nak makan dekat Restoran Nelayan tepi tasik tu better jangan order pelik2 & jangan suruh dorang suggest!!Okay total semua RM550. Huhuhuu sikit kecewa, tapi bersyukur jela dapat makan.. Hehehe Ibu yang belanjer, thanks Ibu :* Malam tu singgah beli chicken wings dekat pasar Filipina aummmm sedap giloss sampai RM30 ringgit beli oi! sos dia sedap.

Esoknya, pepagi lagi parents aku dah pergi pasar, almaklum lah kepuasan makan seafood semalam terbatas sebab dek masakan siakap steam masak ala cina punya, heh terus kembang tekak. Last aktiviti dekat KK is snorkling sampai lebam hehe. Sebab flight kteorang malam.. so memang ada masa lah nak snorkling

Udang besar Freshhhhhhh. Sedap manis! Murah je, tak ingat berapa sekilo.. beli masak dekat condo


Lepas dah breakfast+Lunch hihii, kiteorang teruskan aktiviti yg seterusnya.. Snorkeling!!!! Perjalanan dari Condo ke Jesselton Point Ferry Terminal tak jauh pun dalam 20minit sampai kalau tak jem... nasib baik kteorang pergi tu time semua orang tengah kerja hihihi.. So! Lets go!


Disebabkan kiteorang nak snorkeling, so 1 pulau je lah yang kteorang pergi.. Better pergi 4 pulau kalau korang stay lama hehehe. Aku beli tiket dekat kaunter 10! Rasanya murah lagi dari kaunter lan, sebab first2 aku masuk je... terus tak kenan dengan kaunter tu jual tiket mahai.. So, kiteroang decide snorkeling dekat Pulau Manukan... Oh yaa, ni kali ke 2 aku pergi Pulau Manukan, tapi first2 dulu tak snorkeling pun.. Harga tiket untuk 1 pulau RM23/return + Terminal fee RM 3.82 + goggle/Life jacket RM10... Huhuhu nasib dia bagi harga student utk terminal fee, so total RM36.82/sorang

Lepas dah beli tiket, dorang suruh tunggu dekat jeti boat.. Korang takyah pening2 semua diaorang uruskan, sebab boat & peralatan snorkeling dah bagi siap2 before gerak.. kau tunjuk je tiket nnt dorang guide naik boat yang mana. Kaunter 10 life jacket utk snorkeling colour Oren!


tempat tunggu boat





yeahh!

 muka memasing dah penat nak snorkeling + dah sunburn teruk!



Lepas snorkeling tak puas lagi... Naik benda alah ni.. Parasailing!!!

Sorang RM65- Not bad! Harga ni korang pandai2 lah kautimmmm.. kalau tak RM100/Sorang

Yeayyyyy time to back home!!! Dah pukul 2petang... Flight malam...

Before balik, pergi Pasar Filipina nak rasa air mangga pekat perghhh sedap!
 Ingat nak rasa ketam ni, tapi macam pelik jeeee. Murah okay! 3-Ketul RM10!

Flight malam tu delay 1jam!!!! sampai Kl dah pukul 12am 



Boleh baca preview post kundasang-kota kinabalu

Bajet 7pax (KUNDASANG-KOTA KINABALU)

1. Tiket Flight Return - RM218+insurance/ (tak termasuk bag & seat) = RM1,526
2. Parking KLIA 2 - RM46/day = RM138/3Day
3. Car rental (Inova) - RM130/3day = RM390/3day
4. Ayana resort: Standard Room : RM98/2room = RM196/ Superior room w/ private balcony = RM196
5. Fish spa Tagal : RM5/peroson = RM35/7pax
6. Desa castle diary Farm : RM5/person = RM35/7pax
7. Marina court resort condominium = RM227/Night
8. Fee Pulau Manukan + Snorkeling + Parasailing = RM101.82/person x 5pax = RM509.10

Total: RM3,252.10/7pax (anggaran tak termasuk makan dll) Sorang RM464.60



Video Kota Kinabalu



Video Kundasang



1 comment:

Unknown said...

cantiknya tempat tempat nie! bilalah elsa nak sampai ke sini kan hehe

singgah klik nuffnang :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/pops-eatery-wangsa-maju.html