Tabung Haji :D

Tuesday, March 7, 2017

PERCUTIAN KE LANGKAWI 3H3M (DECEMBER 2016) - Day 1

SHORT VACAY LANGKAWI (DAY 1)

Sebelum idea nak mengarang membeku better aku up entry hahahaha! Aku malas nak tanya korang pernah pergi Langkawi ke tak, of course lah korang dah pernah jejakkan kaki kat sana kan? Aku je baru nak jejak, dulu pernah lah sekali pergi ramai2 dengan family belah ayah aku tu pun darjah 3 ke 4 tak silap aku. Lama oiiiiii! So, trip kali ni aku pergi berdua je dengan member lama aku.. hehehe.. Last minute plan wehhh, aku yang arrange ni pun kelam kabut mana nak cekau duit hahahaa, tapi bila fikir balik bila lagi nak pergi yelaa ajak orang tu orang ni tanak busy je. I is faham hahaha. Alang2 si partner ni okay, dia yang mengajak aku pergi travel so aku on je sementara tak buat apa2 ni almaklum lah kerja online buat sementara tu, boleh lah curi masa sikit. Memula dia ajak aku jalan2 KL (Kuala Lumpur) Hahahaha aku memang say No lahhh! KL takde pape wehh setakat nak habiskan duit dekat baju tudung alaaa bosan.. better kita pergi tempat yang masing2 dah lama tak jejak kan? So aku sendiri decide nak pergi Langkawi heehehehe i is happy. 

Masing2 dah say Yes travel ke Langkawi lah kita, aku cepat2 lah tengok tiket flight.. Woiii mahalnya sob sob biasalah pergi time School holiday & Peak Season haa rasakan! Hahaha. Aku dah biasa dengan Air Asia memang pilihan utama lah kan, tapi aku ada jugak check MAS, FLY AIRLINE lagi mahal. Nanti aku up berapa bajet untuk sorang. So decide pergi 12/12/2016-14/12/2016 (ISNIN-RABU)


Flight kteorang seawal jam 6.30pagi, macam biasa keluar rumah pukul 4.30pagi. Thanks ayah hantar pi airport (klia2)


Before tu breakfast dulu dekat area2 nak boarding, aku tak tahu lah orang ni nak bagi makan bubur ke bawang goreng! Bapak banyak dia letak bawang goreng dekat bubur member aku hahahahaha! kau rasa ni bubur dekat mana? Hahahaha Marry brown KLIA2 okayy! Haihhh pepagi dah kembang tekak...


muka paksa bangun awal, secalit makeup pun tkde haha

time ni dah pukul 6.30 pagi, still tak masuk2 lagi.. nak sampai sana pukul brp??
 semua seat full! walaupun hari isnin

 Alhamdullillah safely arrived pukul 8.15pagi
hi awekss

bolatnya muka... time ni terkocoh2 tangkap gambar, sebab dah kena warning xleh bergambar kat sini hahaha

 dahhh latu Intan!!! kena marah dah tu hahahaha

Before flight gerak, aku dah call siap2 car rental bgtau dah naik naik flight, mybe sampai dalam 8.30pg.. So sampai2 je, dalam 5minit orang tu sampai... nasib baik on time, kalau tak memang rasa nak mengamuk wakakaka.. padahal flight kteorang pun delay time tu sebab kapal baru nak diisi minyak..
Aku sewa kereta dengan (Sham Sibah) no tel: 012-4440109. Kira rate paling murah la kalau time2 cuti sekolah ni. Aku sewa viva je, sebab nk jimat minyak + aku berdua je kan.. Total sewa kereta 3hari3malam RM240 deposit RM50 & akan dipulangkan. Bagi aku kira murah, sebab aku dah comparekan dengan car rental yang lain, mahal okay! huuhu. 3hari3malam  kira dah macam 4hari lah kan... huhuhu dari pukul 8.30pg-10malam. Aku kalau bab2 sewa kereta ni memang akan ambik tau kaw2, so memang aku dah baca review orang2 yang menyewa dengan dia, so far takde buat hal, so on! Sorry aku tak sempat nak tangkap gambar kereta. Memang tak teringat langsung hehehe..

Dah settle hal kereta, terus pergi first place yang ada dalam intinenary...

CABLE CAR, jalan telaga tujuh Langkawi (Korang waze je, confirm jumpa)

Kteorang sampai dekat cable car pukul 9.45pg! Lambat punca cari station minyak tak jumpa hahaha! sorry lah penyewa kereta nak tolong isikan hahaha dah kelip2, kelam kabut waze station minyak... nasib jumpa.. tu pun jauh sikit dari airport! Sampai je, ya Allah ramainya manusia... Beli tiket pukul 10pg, dapat masuk pukul berapa? Kau rasa??

azab beratur nak beli tiket, last2 dapat yang pukul 3.30petang! Hambekkk stay lah kau dekat dalam ni berjam2 hahaha! Memang ramai gila time cuti sekolah ni wehh.... Aku memang dah dapat agak ramai dia macam mana kan.. memang bajet time aku tu betul hahaha, dalam jadual kteorang satu hari tu memang untuk dekat cable car sahaja.

 ni la aktivit kteorang nak tunggu turn...

marilaaa kita tawaf tempat ni... Ada macam2 aktiviti kat sini, cuma kteorang memang aim nak naik cable car sahaja.. nak save bajet.. sebab kalau masuk art 3d confirm ramai & tak selesa nak tangkap gambar huhuhu

 Tibalah turn kteorang...... aku fikir setakat tu je kena beratur.. rupa2nya.....

 dekat sini pun tak habis beratur lagi wehhhh!!!!! before nak naik cable car dia suruh masuk sky dome dulu
Finally! pukul 5petang baru naik benda alah ni! Muatan untuk naik hanya 6orang sahaja, kalau lebih sila naik cable car yang lain huhuhuhu..





muka teruja + takut hahahaha (orang yg ambik gambau ni pun dah kecut kaki kot hahahahhaa)
weeeeeee
tasik dayang bunting, cantik sangat!
hi org sebelah

yeahhh dah sampai atas!
cable car yang hanya bergantung pada 1 rail wowwww

 tengok bawah sikit woww

dekat atas mmg tak lama pun dalam 1jam setengah,  turun dekat first station je tak naik sampai atas.. memang tak sempat dah nak maghrib..

Total perbelanjaan: Cable Car+ Sky dome RM30/person
Parking : RM8 
Makan : RM8

Keluar je dari cable car, terus waze chalet yang kitaorang stay 2malam


Standard double room - RM140/2Night

Tempat ni ada kekurangan & ada kelebihan...Aku pilih tempat ni, sebab nak suasana yang aman pepagi bunyi cengkerik wowww macam dalam hutan pulak kan.. Tapi tempat ni memang best! Memang sesuai untuk orang2 yang nak jauh dari bandar gituuu.. Kelebihan tempat ni, first sebab tempat tak bising, suasana kampung, pagi2 bunyi air & cengkerik.. Pemandangan memang tip top! Kekurangan, tak boleh bawak budak ye. Memang tidak dibenarkan, sebab dia berkonsepkan aman & damai gituuuu.. Part ni aku kena bagitau siap2 la ye, Deposit kena bayar RM100 + charges enviroment rm2 tak silap. Iron kena sewa RM3 (1jam) lebih jam kena cassss. plug tak banyak, siap2 lah bawak station, takut kang berebut dengan partner kau. Haha! 

 luar bilik (gambar google)
 dari dalam bilik
memang muat untuk 2 orang sahaja, lebih kena charge.. Ruang untuk solat pun ngam untuk sorang..

memang suasana kampung sangat! i like!

tuan blog







lepas dah checkin, tak pergi mana2 pun.. sambung tido sebab terlalu penat tunggu turn nak naik cable car.. Dinner pun skip! mata tak boleh bukak dah wehh!

Esoknya ktoerang pergi.............

Bersambung.........





1 comment:

SIQAHIQA said...

Nak kena ke Langkawi nie! Hihi. Bestnya bercuti :)