Tabung Haji :D

Monday

PERCUTIAN KE LANGKAWI 3H3M (DECEMBER 2016) - DAY 2


Nak tahu chalet konsep damai dekat Langkawi yang best? Boleh baca dekat sini >>> Percutian langkawi - day 1

Harini baru bermula aktiviti lawat 1 Langkawi, cehh lawat 1 langkawi ke?? before subuh lagi aku dah bangun siap mandi solat semua. yang si member aku ni dibuai mimpi lagiii.. haihhh.. aku kalau bab jalan memang boleh bangun awal okay hihihi, semangat lah katakan...

 1 kali ootd, before gerak. OOTD sgt! Hahahhaa


Pagi tu kteorang breakfast tepi pantai, kau hado? Beli makanan dekat warung tepi jalan then bungkus, wow macam2 pilihan ada..

1st Place - Pantai, Tanjung Rhu Langkawi (35 Minute dari T star Cottage)

Semua ni RM10, Murah gila!!! bihun/nasi lemak/kuew teow (RM1/Satu) Kuih 4 biji RM1 , Air RM2
(aku tak ingat apa nama warung ni, sbb gelojoh sgt sampai lupa nak tgk haha)

 sweet sangat, breakfast tepi pantai
banyaknya awk makan intan haha

Ya Allah, aku bersyukur sangat dapat kenikmatan mcm ni...

Orang kata Pantai Tanjung Rhu ni macam ala2 dekat Phuket hahaha, tempat kteorang stop ni dari pandangan jauh, kalau korang nak tengok lebih dekat 3 batu tu kena jalan depan lagi tak silap aku

Pantai ni memang bersih gila, sebab setiap masa ada orang datang check

Bye pantai tanjung rhu, see you next time :)

2nd Place - Pantai pasir hitam (30Minit dari Pantai tanjung Rhu)

first time tengok pasir pantai halus colour hitam...

Kenapa pantai ni boleh jadi hitam? sampai sekarang pulak tu kan.. haaaa nak tau kenap boleh baca dekat dalam gambar bawah ni....
 saintifik mengatakan..
 cerita dongeng, tapi macam betul kan.. 

Cantik sangat pasir pantai colour hitam kan... SubhanaAllah ciptaan-Nya



Pantai ni pun dijaga, aku datang2 je dah ada orang yang bersihkan..
dekat sini tak lama pun, dalam 30 minit hehehe sebab nak pergi pantai lain pulak.. Oh yaa, dekat pantai pasir hitam ni ada jugak orang jual2 souvenir, baju langkawi..

3rd Place - Pantai Pasir Tengkorak (40minute dari pantai pasir hitam)

Next place!!!! Pantai pasir tengkorak???? Bunyi macam seram kan..... 

time nak gerak pantai pasir tengkorak tersesat kot, pusing2 ehhh macam cantik je port ni hahaha apa lagi selfie satu kali... Ni harbour persinggahan kot.. macam tkde orang je dekat sini... So lets go!

apa yang cuba aku buat?? hahaha. Pantai pasir tengkorak ni cantik gila okay! Memang tempat orang mandi, time kteorang pergi ramai family yang berkelah kat situ.. Tapi macam bahaya pun ada, ombak kuat gila! Scary!

nampak tak manusia kat belakang tu? ramai sangat time ni.. Kteorang tak mandi pun, sebab tkde dalam list itinenary! Hahaha kata nak jelajah 1 langkawi kan? kenalah save time gituuuu.. dekat sini lama lah jugak kteorang stay... sebab nak menikmati keindahan alam hehehe.. tapi cuak gak, ombak kuat gila.. Lepastu tetiba2 hujan turun... apa lagi!!! berlari engko ke kereta!!

Story knp pantai ni namanya Pantai pasir tengkorak...

5th place - MINYAK GAMAT NUSANTARA

Asalnya plan, lepas pergi pantai nak terus pergi HIG memborong coklat.. tapi dalam perjalanan nampak pulak gamat nusantara ni maka singgah lah kejap..

Bilik ni lah tempat dorang hasilkan minyak gamat, aku berdiri depan tu pun dah terasa panas...




 memasing nak bergambar

muka dah start sunburn! merah2 muka kena panas... almaklumlah jelajah 1 langkawi kan hahaha


Ada masa lagi, kteorang ke Beras terbakar... aku tak ingat kat mana, korang boleh waze 

nak tahu lebih lanjut kenapa beras tu colur hitam, boleh google ye hehehe


dekat area2 beras bakar ni ada kedai & jual macam2.. kain batik pun boleh dapat murah kat sini...

marilahhh kita borong coklat pulak....



bersambung.......














No comments: