Tabung Haji :D

Thursday, March 7, 2013

Baruku tahu

Baru aku sedar yang hidup ini seperti diatas pentas, semua manusia dilahirkan pandai, cuma pilihan manusia sahaja yang boleh menentukan halatuju yang sebenar. Kehidupan ini bukan untuk bermusuh sebenarnya, tetapi kita mungkin tidak akan memahami perasaan, kelakuan or what yang kita sendiri tak tahu. Orang selalu mengharapkan kita untuk fahami mereka, tapi pernahkah dorang terfikir yang kita tak boleh fahami perasaan mereka? sedangkan diri kita sendiri pun, kita tak faham. Macam mana kita nak lalui semua ni, kalau semua orang nak kita, faham mereka? Ada kalanya manusia berubah kepada kebaikan, dan ada juga manusia yang berubah pada kejahatan, aku sedar semua manusia tidak sempurna di muka bumi ini. Bukan niatku untuk bermusuh, tapi perasaan sedih gembira kecewa selalu bermain-main dihati. Bukan semua orang suka kita, dan bukan semua orang benci dekat kita. Apa yang aku harapkan aku dapat memaafkan & meminta maaf atas kesilapan sendiri kepada orang lain. Yes, bukan mudah untuk manusia berbuat demikian. Dengan itu, aku nekad insyaAllah ' aku cuba mendiamkan diri tanpa bersuara demi diriku sendiri untuk beristiqomah mecari kesalahan diri sendiri. Ye, aku bukan seorang yang sempurna.

typed by Nurhafieza Arshad


*maaf jika bahasa tidak teratur*

No comments: