.Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim
Macam mana dengan puasa korang? cukup? Bersemangat tak? Hihihi.
Pasti seronok kan berpuasa kali ini, semangat sangat-sangat. Yela, bulan Ramadhan ni kan, bulan kita, untuk orang yang beragama islam :)
Okay, nak cerita panjang-panjang takut pula terjebak ke arah yang lain. Maklumlah aku ni dah lama sangat tak mengupdate. Blog ni dah bersampah sarap berdebu habuk semua ada. Bukan malas nak menaip ok, jangan salah tafsir pula. Hihihi. Cuma masa tidak mengizinkan diri ini untuk berkongsi. so kita ringkas kan cerita.
Kalau korang nak tahu, bulan ramadhan ini lah sepatutnya kita berkejar-kejar untuk dapatkan pahala. Sebab syaitan dah diikat kan? So, kalau ada sifat-sifat yang tak baik tu datang dari korang lah kirannya. Hihihi. Buat lah banyak2 amalan ibadah, bukan solat terawih je.. korang boleh bersedekah, tolong orang, jaga hati orang, dan yang paling penting jaga pandangan jaga hati jaga iman jaga mulut tu Ok? Hahakhak. Jangan terasa k, sebab speech ni untuk diri sendiri juga :)
Bulan Ramdhan ni juga lah orang sibuk nak mencari rezeki lebih kan? Sama lah dengan aku, hokhok. Sedang dalam proses nak buat kuih raya dan kek ekonomi. Tapi seronok tau, sebab buat ramai-ramai dengan adik beradik Ibu boleh tompang-tompang gosip. Tak gitu Kak Ton? Eh, mana pergi budak yang selalu kata diri dia tu cool ehk? Ok, disini aku nak bagitahu, bahawa budak cool tu, sudah tidak menggunakan tittle "budak cool" Sekian. Jangan tanya lebih-lebih, malas nak jawab. Eceh! Macam retis pulak kan. Sebenarnya, ni curi-curi masa je ni... Nak sambung buat kuih ghaye ni! Habislah aku dipoting gaji. Eceh! Korang mesti nak tau kan aku jual kuih apa? Mai pakat tengok noh. Scroll scroll scroll :P
Green Nest Air Tangan Ibu
Ice-cream Umhhh pasti sedap
Mushroom *kuih ni paling ramai orang tempah, kuih top dalam family kitaorang :D
Lovely Strawberry Comel
*Maaf, aku tak ingat lah ni kuih apa, tapi permintaan memang ramai.
Cake ni aku yang buat :)
Ni pun sedap jugak
Okay lah, i nak sambung buat koje. Assalamualaikum semua :)
Apa-apa yang ingin ditanya just letak comment dekat shout box Justin bibir k? Hihihihi.
*SELAMAT MENUNAIKAN PUASA*