Tabung Haji :D

Tuesday, June 4, 2013

Blog is My Diary

Lamanya tak berblogger, dulu masa aku darjah Enam selalu terjah terjah orang punya blog. Sampaikan tak tidur satu hari, sebab baca blog siapa entah masa tu.. memang excited gila kot time tu. Blog tak sah, kalau tak godek-godek, maksud aku letak benda-benda comel then nak ubah position yang macam mana letak itu ini, letak lagu dan paling wajib mesti ada "nuffnang" itulah hasil pendapatan blogger. Kalau blog tu ramai yang view/visit confirm dapat percent yang banyak then pendapatan dari cik "nuffnang pun makin bertambah. Dulu masa form 4 blog aku ramai jugak lah yang terjah so dapat lah juga sikit hasil dari nuffnang itu pun sebab aku rajin nak terjah-terjah then dapat feed back balik :) So far, okay lah time tu. Tapi! Sekarang aku dah start busy dengan study, so masa untuk bercerita dikurangkan. Alah, I kan budak cool :P Okay lah, kang aku merepek-repek tak faham pulak korang, almaklum lah sekarang jam menunjukkan pukul 2:17 am. Aku ambil masa sikit nak ringankan tangan dekat keypad laptop ni. Hihihihi, betapa malasnya, OPsss! Busy bukan malas kay? Actly, aku ada buat Short Film and Video Wedding kakak aku... Tapi, tetiba Youtube buat hal.. Siapa yang baik hati? pinjam sat acc Youtube korang :P Hehehe! Gurau2! Okaylah, mata aku pun dah macam ni O_+? Sebelah bukak, sebelah pejam. Sangat Bagus! Good Job Fieza! Ohohhh! Kalau aku cerita tak sah lah lah kalau takde Gambar kan kan? Okay, apa lagi scroll lah bawah sikit!




Short Film bertajuk "Sheeewing Cinton Puihhh" Hahaha 

Owner blog ni! Hahaha tatap tatap!


Jangan nak kata apa, aku dengan dia memang akan gaduh tiap kali jumpa, since kenal lagi
Tak sah, kalau tak gaduh -_____-' Tapi kalau sweet pun acah2 banggang je. Ni pun bukannya aku nak jumpa sangat pun, makcik dia yang tetiba cakap "tanak jumpa mirul ke" actly aku memang dah ada dekat keramat sebab ada wedding, so tak tau nak pergi mana lepas tu hentam jela ikut. Hahaha! Tu je nak ceritanya pun. *muka aku tak boleh blah*
Tu diaaa makcik kesayangan Mirul :)
And Also kakaks angkats





P/S: Tiada kena mengena yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Sekian~

Sunday, May 19, 2013

Dear Final Exam. Please be nice nanti ye :)) Thanks Sayang! ILOVEYOU.

Sebenarnya aku ada sikit stress, sebab dah nak Final Exam. Aku tanya diri sendiri, serius ke kau dah bersedia Fieza? Ouho, InsyaAllah! dengan usaha yang tidak seberapa ini. InysaAllah aku buat yang terbaik demi Allah dan juga My Family. Bunyi macam stress sangat ke? Entahlah, aku redha dengan apa yang akan diberi oleh Allah. Dan sebenarnya, aku rindu dekat someone yang dulu pernah hancurkan hati aku, eceh! Ayat nak sedih habis. Apa ni? C'mon lah.. Macam geli je kau nak rindu dia? Hello?! Aku ada hati dan juga perasaan kay :)) Halah, hati dan perasaan tu aku dah buang jauh-jauh pun, sikit pun dah takde dekat dia. Hahaha! Ayat Pasrah. We just friend je pun kan kan, memang tak lebih mana pun lah cerita dia. Dan dan dan, sekarang aku dah tak kisah langsung about him. Just leave. Move on. Yes! Budak cool sentiasa cool :D Ok, Title entry kali ni pasal Final Exam, awat tetiba masuk feeling feeling ni? Alahai ~ C'mon Fieza! Sesiapa yang terbaca or tersesat dekat blog aku ni, mohon/minta/tolong/sila/permintaan, amboi! Tolong doakan Fieza dan rakan-rakan tingkatan enam atas yang lain semoga boleh menjawab dengan hati yang tenang, dipermudahkan segala urusan peperiksaan dan sebagainya. Tolong doakan je, tak minta apa-apa pun :) Thanks! Memuahhhhh! Cewah! Okay lah, aku nak sambung study lagi ni. Macam tak berapa nak cukup ilmu yang ada dalam otak ni! Hahahak :P


see? dah macam nota aku buat twitter ni, yela sebab aku always on pakai phone. So, boleh tgk2 kan? :)


Again :))

Syok-syok study tetiba rindu dekat dorang :/ Allahuakhbar! Rindu sesangat

Stress sangat, nilah kerja aku. Hahaha

 Banyak tak banyak tak? Muntah baca, tapi demi Allah. Aku redha :') Takpe, Ilmu ni! 





*Rasa macam tak bestkan entry ni?* Boring kan kan? Takpe, i'm a cool girl :) *muntah*
Random post. takde kena mengena yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia

********SEKIAN*********

Sunday, May 12, 2013

Rasa Awkward gila

Jap jap jap, aku dah tak tahu nak mulakan ayat macam mana. Lama sangat aku tinggalkan dunia blogger ni. Allahu! Dah berhabuk-habuk dengan debu hitam putam *ayat apa ni* C'mon lah. Mana budak yang selalu kata dia tu cool? where? Yes! I'm here! Okay, actly takde benda yang best pun nak dikongsikan sebenarnya. Hidup aku sekarang lebih better dari bulan-bulan yang lalu, ditinggalkan kenangan yang bagi aku memang memusnahkan diri aku juga lah. Tapi, hati tetap boleh bersabar dengan segala dugaan yang diberikan oleh Allah. Memang susah untuk kita lupakan kenangan manis, kenangan itulah akhirnya akan tinggalkan kita. Aku tak tipu, ianya memang terjadi. So, kita lupakan jela benda yang dah lepas tu, buang masa je kalau kita imbas kembali. Apa pun takkan kita dapat, just air mata boleh menemani kita masa itu. Stop! Malas lah nak cerita sedih-sedih. I'm a cool girl :) Tak boleh down just move on ~ Actly, aku dah mula happy, sebab ada someone yang selalu buat aku gembira. Nak kata dia ni takde perasaan, tipulah kan! Semua orang ada perasaan. Cuma aku rasa, mungkinlah dia malas nak fikir sangat hal-hal yang tak penting ni. Mungkin lah! Apa pun aku happy sebab ada dia. Hahahaha, kang dia baca pulak post aku ni kang. Buat malu je ~ Its Ok, yang penting dia tahu. Kahkahkah :D
Kali ni mungkin entry aku random sangat ~ Boring kan? Aku dah tak cool *sila muntah*



Love you :)) Peace yaww




p/s : Random post.

Saturday, March 30, 2013

Upper six 2013 SMKSAAS KAJANG #shoot #snap #byme #fieza

Aku tak tahu kenapa terdetik hati nak buat video ni, selama 2-3 jam jugaklah aku nak buat, nak fikir buat macam mana. Alhamdulillah aku berjaya menyiapkan video ni. Video ni sebenarnya khas untuk someone tu, tapi bila aku fikir-fikir balik. Perlu ke aku buat? sedangkan dia fikir tak aku? Aku banyak fikir pasal dia. Tapi, takde effect langsung, so aku buat cool buat duno dulu. So, enjoy lah bila tengok video ni k :D   Video upper six saas

Enjoy kay bro :D

Thursday, March 28, 2013

My Family

I'm happy with family. Yes, they are everything to me. I love mum dad and my sibling.
.Yes. 
Takde apa nak cerita. Hanya nak bagitahu yang aku memang selalu perlukan mereka dan sangat sayang mereka. Tanpa mereka aku tidak hidup, dan akan sengsara sepanjang hidup tanpa doa-doa mereka untuk aku. Sekian.

Maaf ayat terabur dek tidak banyak membaca.

Saturday, March 23, 2013

Puisi buat mu


BICARA BUAT KASIH YANG TERISTIMEWA 

Ku tuliskan bicara ini
Tika senja menyisih pergi
Melakarkan rasa hati
Dalam sehelai kertas putih

Bicara tanpa suara
Lahir dari jiwa
Yang sering merintih
Beban rindu menagih
Kasih dari seorang kekasih

Bicara kasih buat yang teristimewa
Cuba ku sampaikan dalam tarian pena
Menganyam sebaris dua kata
Menyimpul sehalai dua bicara
Agar bisa dirasa
Ada jiwa yang sedang tersiksa

Bilakan reda rasa resah
Andai jiwa sedang gulana
Menangis tanpa air mata
Merindu tanpa makna
Semuanya sia-sia... ... ...





 

Thursday, March 7, 2013

Baruku tahu

Baru aku sedar yang hidup ini seperti diatas pentas, semua manusia dilahirkan pandai, cuma pilihan manusia sahaja yang boleh menentukan halatuju yang sebenar. Kehidupan ini bukan untuk bermusuh sebenarnya, tetapi kita mungkin tidak akan memahami perasaan, kelakuan or what yang kita sendiri tak tahu. Orang selalu mengharapkan kita untuk fahami mereka, tapi pernahkah dorang terfikir yang kita tak boleh fahami perasaan mereka? sedangkan diri kita sendiri pun, kita tak faham. Macam mana kita nak lalui semua ni, kalau semua orang nak kita, faham mereka? Ada kalanya manusia berubah kepada kebaikan, dan ada juga manusia yang berubah pada kejahatan, aku sedar semua manusia tidak sempurna di muka bumi ini. Bukan niatku untuk bermusuh, tapi perasaan sedih gembira kecewa selalu bermain-main dihati. Bukan semua orang suka kita, dan bukan semua orang benci dekat kita. Apa yang aku harapkan aku dapat memaafkan & meminta maaf atas kesilapan sendiri kepada orang lain. Yes, bukan mudah untuk manusia berbuat demikian. Dengan itu, aku nekad insyaAllah ' aku cuba mendiamkan diri tanpa bersuara demi diriku sendiri untuk beristiqomah mecari kesalahan diri sendiri. Ye, aku bukan seorang yang sempurna.

typed by Nurhafieza Arshad


*maaf jika bahasa tidak teratur*

Sunday, February 3, 2013

Kecoh kampung


Alamak, OMG, Alamak! 
Aku rasa dah macam berabad tak pengupdate blog ni, berusang dan bersemak samun dipenuhi lalang-lalang, ehh? lalang tu apa? aku main sebut je x)
By the way, Tahun ni adalah tahun yang paling busy dan banyak tanggungjawab yang perlu aku terima. Sebab aku dekat sekolah jadi pengganas! Haaa pengganas?! Budak cool lagi comel boleh jadi pengganas ke? Ehh bukan pengganas lah, but "PENGAWAS SEKOLAH" Hehehe, aku yakin ramai yang tak percaya aku jadi pengawas tu, first sebab aku ni kadang-kadang gila sikit, suka skip class *kantoi* class tambahan Ok. Then, suka memekak dalam class, even first masuk class aku lah murid paling senyap. But, aku bukan macam tu sebenarnya. Third, suka tegur orang dengan selambernya! Hahaha, lantak ah! Aku kan budak cool -..-' Tapi, ada sorang budak lelaki ni tak boleh terima dengan teguran aku, kau tegur aku.. aku still boleh terima.. aku tegur kau balik, awat tak boleh terima bang? Apa yang aku tegur tu betul! Annoying betul tau.. Okay stop cerita pasal tu..
Next, kalau aku dah "mula layu", maksudnya aku dah start boring and mula lah nak kacau kawan sebelah time Bm.. Hehehe, tapi korang kena percayalah yang aku ni pengawas not pengganas yang korang sangka kan tu, yelaa I kan budak cool  lagi comel :D wehhh! boleh beli baldi besar sikit rasanya, dan muntah sepuas-puasnya x) Haaa tu je kot penyebabnya. kalau korang perasan, eceh! macam lah ada orang perasan dengan blog aku ni, agak-agak ada ke pembaca setia blog aku ni?Eheehehehe >< Apa yang budak cool lagi comel ni nak cerita sebenarnya? Sejak-sejak masuk sem 2 ni, YaAllah, serius penat gila. Balik sampai pukul 5 :/
Okay, budak cool lagi comel ni dah malas nak type panjang-panjang, karang apa lagi yang aku merepek ~ so, kita enjiy dulu dengan gambar-gambar yang disajikan, "disajikan" pun boleh :p

Hai saya budak cool lagi comel, (pakai spec) pengganas 2013

Kami pelajar cemerlang! InsyaALLAH :)

Haa dia ni lah yang aku suka kacau, Dia baik OK, yayang dia sangat

I'm fat girl, so? what is your problem, my body not you x)
bakal menjadi seorang isteri kepada future husband one day nanti, Amin... Doa bersama :)
eceh *gatal*



p/s: kalau kau rindu aku, kau textlah aku.

Wednesday, December 26, 2012

Resipi Murtabak Maggi Special Piejamos Udang


Bahan-bahan:

maggi - 1 pek
telur - 2 biji
udang/ayam/daging - a/n

Cara-cara:
1.Rebus maggi selama 2 minit.
2.Sementara tunggu maggi kembang, masak udang/ayam/daging (I guna udang) masak pakai butter.
3.Pecahkan telur, kacau sampai kembang.
4.Selepas maggi sudah kembang, udang sudah dimasak, masukkan maggi udang kedalam telur yang dikacau tadi.
5.I tak pakai bawang, kalau nak letak pun okay jugak.
6.Panaskan minyak, then goreng macam biasa. minyak tak payah banyak-banyak sangat.
7.Setelah masak, letakkan chesee diatas murtabak tersebut. Then masukkan dalam microwave.
8.Siap untung dihidang

SELAMAT MENCUBA


Tuesday, December 18, 2012

recipe from GiatMara Pandan

Assalamualaikum

Semalam I ada mood nak buat cake, sebab semua bahan-bahan dah ada depan mata.
Cuma tunggu mood nak buat je, So, kita luangkan mood yang ada tu dengan buat cake.
I ingat cake yang I buat tu tak jadi, yela takut-2 lah rasa apa ke kan? 
almaklumlah, oven dekat rumah tu pun ikut mood jugak. kalau I baik dengan dia, dia baik lah dengan I. so, semalam oven I tak buat hal. syukur sangat! tapi suhu tak berapa betul sikit.
mungkin dia demam. sebab oven sangat panas! suhu yang I letak dah okayy dah dengan I punya cake. Then, nasib tak hanggus menggus you..
Nak dipendekkan cerita, I first time kot buat cake. hihihi.. yelaa.. I dah nak jadi isteri orang nanti.
so, I kenalah belajar sikit-2. nanti senang suami I nak mamam. 

So I want to show cake I made yesterday 
I remember the cake is unsightly, but did not expect it! yesterday for .. 've lived this day and a half. wow! I was surprised. Thanks God. I will do my best next time insyaALLAH.

sorry, i tak sempat nak shoot yang sempurna. sebab i dah penat time tu.  btw nampak mengancam tak my cake? hahaha



you'all boleh try recipe ni 




Bahan-bahan:

Butter- 300gm
Sugar-680gm
Egg- 8nozz
Flour- 420gm
Baking Powder- 10gm
Soda Bicarbonate- 10gm
Cocoa Powder- 120gm
Hot water- 400gm

Cara-cara:
1. sediakan bahan-bahan 
2. Ayak baking powder, soda bicarbonate , tepung n cocoa powder
3. lepas ayak, campur semua sekali baking powder, soda bicarbonate n tepung. cocoa powder tu asingkan.
4. Then, campurkan butter, gula , telur sikit demi sikit (sampai kembang) 
    kalau nak tahu dia dah kembang tengok ringan ke tak, light tak? kelajuan ikut suka.
5. Masukakn cocoa powder, dan akhir sekali masukkan hot water.
6. kalau dah masukkan semua bahan tu, bit jangan laju sangat. and nak ingatkan kalau dah masuk tepung jangan lama sangat putar okay.

panaskan oven diantara 180 suhu selama 40-45 minit.
sapukan shutrning dekat bekas nak buat cake.

Ganash : coklat drak and wipping cream
             1. whipping cream dipanaskan terlebih dahulu then baru masukkan coklat drak tu.
             2. kalau cake dah masak, baru letak ganash. buat layer poting tiga or empat. then baru 
                 sapukan :) 

Selamat Mencuba :D







Saturday, December 8, 2012

Tunang

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Masa begitu pantas berlalu, pejam celik pejam celik dah nak masuk new year
alangkah indahnya, kalau masa boleh berhenti dan ubah kembali kepada
keadaan yang lebih baik dan aman :)
Kakak I dah jadi tunang orang sekarang, dan insyaALLAH next year dia akan 
menjadi isteri orang, amin.. berita yang sangat bagus.
Tapi, nanti dah tak boleh nak gurau-gurau macam dulu, sakat-sakat!
saat-saat bersama keluarga amat bahagia berbanding kita bersama kawan.
tanpa mereka, kita tidak boleh hidup dengan senyuman..
Tapi, masa tidak boleh mengubah segala-galanya.
ayat I, semacam terabur rasanya, dek cuti sekolah yang sangat lama mungkin.
budak yang cool dahulunya, macam dah tak wujud.

COOL COMEL CUTE

mana menghilang? aku semakin pelik dengan cara aku sakarang. tak tahu kenapa,
mungkin disebabkan orang sekeliling yang telah mempengaruhi aku.
mungkin lah
tapi, hidup harus diteruskan. asal kita tidak buat benda tak senonoh sudah lah.
actly, nak cerita pasal majlis pertunangan kakak, tapi kenapa boleh terbabit dengan masalah ni?

KENAPA! KENAPA! KENAPA!

ramai yang kata kitaorang kembar? serius.. tapi aku rasa, aku lagi comel :)
Hahaha *evil laugh*

pihak lelaki yang datang dari johor, ramai lah jugak sedara mara tunang kakak, yang datang :)

hantaran yang warna oren tu dari pihak lelaki 

Ibu dia! heh! ibu dia! comel je bakal mertua.

Aku pun tak lama lagi akan jadi tunang orang, cuma tak tahu bila.
actly dua orang lelaki ni kawan. yang baju purple tu kawan dari giatmara, and lagi sorang uh
abang angkat :)

mengedik dengan abang angkat, nampak awek dia! mampus aku!


memang tunang dia tak handsome langsung! tapi, apa yang aku suka dengan cara dia
adalah! bila dia datang rumah mesti dia belikan sarapan pagi :)
Hahaha!


Alhamdulilah, semuanya selsai dengan baik.
sebenarnya nak snap gambar banyak-banyak sampai lebam!
tapi dorang balik awal kot! yelaaa datang dari johor confirm lah nanti penat kan


thanks for reading 'peace'










Friday, December 7, 2012

Cuti Sekolah

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

I rasa blog ni dah bersawang dan dipenuhi dengan labah-labah yang tidak
pernah diundang. Lama rasanya tak penghupdate blog. huuu sedih I tengok T__T
kalau you all's nak tahu, badan I dah mula naik, dalam badan banyak sangat
sampah yang manis manis, mana tidaknya
join bumiputera under giatmara bakery membuatkan I semakin gemuk.
Sedih sangat bila tengok perut semakin lama semakin kembung dek minum yang manis-manis
ditambah pula dengan makan kek yang sangat manis. so sad :'(

TAPI AKU TETAP SERONOK DENGAN PEMBELAJARAN KALI INI

banyak sangat ilmu yang aku dapat time cuti sekolah, even belajar bakery.
tiada caj dikenakan lagi tu, siap bagi makan free 3 kali sehari. belajar selama 1 week.
Bukan itu sahaja, alaun baju dan sijil juga diberikan.. betapa untungnya masa itu.

apa-apa pun kita snap dulu sebelum masuk class :)


hari pertama buat kek butter cake, tapi time tu tak teringat nak ambil gambar.
so, hari kedua baru teringat nak snap. yang ni blueberry cake ala-2 kebudak-budakkan..
habis kena kritik kau-2 dengan cikgu kat situ...
yelaaa.. cuba kau bayangkan ada ke orang jual blueberry cake macam ni?
semua ni angkara si perempuan sundal tu lah, I dah cakap bukan macam ni..
dia degil nak mati sampai sekarang kot. sedih sangat T__T dapat kenal hantu tu.


cake ni aku yang deko, tapi aku suruh mentor yang buatkan, tapi cake ni pun kena kritik.
hahaha, tapi nampak okaay lah dari ke yang atas tu.

dalam class ni lah group aku :)

sorry gambar tak berapa nak jelas, almaklumlah pakai phone cikai je :)

ni bahan-bahan nak buat chiffon cake, cake ni paling susah n paling tak suka aku nak buat
banyak pantang larang yang kita kena jaga. kena tunggu 10 or 20 minit selepas masak jangan sesekali bukak, dan yang paling penting jangan cucuk kek nak tahu dah masak ke belum.
memang banyak pantang larang, dah macam mengandung aku tengok kek tu.
alih0alih tak jadi pun kek uh, so. aku tanak snap! tak sedap langsung!

ambik kau! mana tak naik? asyik minum manis-manis je.
dan time tu pelatih-pelatih giatmara tengah belajar buat air sedap-sedap!

haaa tak terliur ke kalau dapat minum air free macam ni?
sedap tak terkata.



sementara tunggu kek masak, kita main conteng-2 dulu.

selagi tak masak, selagi tu lah snap picture je keja aku.

fudge cake by me and the geng :)

muka aku tanak serius pulak time ni, baking chesee cake :D
sedap sangat-sangat! tak rasa muak pun. actly aku yang pakai tudung kelabu tu.. not hitam

Giatmara pandan sangat seronookkkkkk


chesee cake tirai untuk kelas ktb kali ini :')

rindunya dekat adik-adik akak ni :(

comelkan chef ni? hehehe.



sebenarnya banyak lagi gambar, tapi I dah tak larat you nak upload :'(
thanks for reading :)