Tabung Haji :D

Thursday, January 7, 2016

BERCUTI DI PENANG PART 2 (WONDERFOOD MUSEUM)

Korang sedia maklum Pulau Pinang/Penang ni banyak tempat best-best, rugilah kalau kau pergi Penang duduk tidur dalam hotel. Serius Rugi Besar!

So, kali ni aku nak up entry pasal WONDERFOOD MUSEUM yang terletak di 34 Lebuh Pasar,
Pulau Pinang, belakang jetty, sebelah Cimb. Wonderfood ni 8 minit dari Hotel Sentral Georgetown. Okay, buat pengetahuan korang aku tak tahu pun wonderfood ni ada kat sini, aku tau pun sebab aku rajin google kehkehkhe. Malam tu jugak aku search tempat apa yang best nak pergi pagi besok! Dengan plan yang huru hara ni kan..

Kalau korang nak tau, wonderfood muzium ni, dorang pamerkan replika makanan yang betul-betul real! Aku masuk je, terus lapar, wehh! sumpah real gila replika dorang! Nak sentuh memang tak boleh lah yer, setiap stage ada orang jaga! hehehehe Dah lah replika tu besar2 gedabak aku rasa macam nak ambik masuk dalam beg

Paling senang nak carik, korang guna lah waze yer, kau pasti akan nampak Tanda Bulat huruf W tu!
Confirm jumpa! Sebab jalan situ sehala je

So, kiteorang masuk berempat je, apak ngan Ibu dok dalam kereta, sebab memang takde parking kosong yer, memang malas ler dorang nak cari huhuhuhu. Tapi aku rasa ada je... pepandai lah korang tengok kiri kanan yang park kat dalam

Open everyday from 9am-6pm last admission 5pm
Adult : RM15 (Mykad)
RM 25 ( without Mykad)
Senior/Student/Children (3-12 yrs old) : RM10

Sebelum masuk, korang akan nampak replika ni dulu. YaAllah Ais kacang/Cendol real kan?
Perghh!!


Jom kite beraksi!

Cukuplah bekalan untuk setahun tak basi2 :P

Masa ni tangan aku gatal je nak pegang masuk mulut! Apesal lah makan tempek kat dinding, kalau ada atas katil syok sikit! Haha

kau tengok! tangan takleh nak juga pegang!
Hi bang sorang je ke? 

Wonderfood ni bukan je saja-saja nak pamerkan replika, tapi ada maksud tersirat & tersurat ye!
Semua jenis makanan Malaysia ada, Makanan orang Melayu, Cina & India perghh amaaa sedap baq hang, baru tengok replika dah rasa lapar sob sob sob


 Ni time perayaan Tahun Baru Cina, Makan besar laaa!

Wehhh! Yang kat pinggan tu! T__T Nampak real kan? Siap ada sambal belacan lagi!
Ni kalau betul-betul kenyang weh, takyah buat 2 kerja dah opssss :p


Haa pilih2 Dapat lunch lauk-pauk macam ni pun sedap gak! nyummm

Cuba bayangkan makanan yang kita makan tetiba berubah menjadi colourful?
Perghhhh! Mau kencing manis agaknya 

Imagine if food like this? Kau boleh masuk anak tekak tak? Tengok pun dah tak lalu kan



Nah! Tatap!



Layan lah gambar-gambar ni, aku cuma nak bagitahu, Kalau dah sampai sini jangan lupa pergi!
Memang best! Dorang bukan calang-calang tau nak buat replika yang realistik ni ada dari bahan buangan, aku lupa dorang pakai apa buat semua ni. Dorang ada bagitau, i is lupa ok. Sorry


ni buat aku kecur! Serius nampak real! gurlpp laparrrrr

the Big Cendol
so sawittt! 









Actly, ada banyak part lagi tau! Bukan ni je. Kalau nak masuk semua sampai tahun depan tak sudah dok upload gambar kan. So korang kena pergi tengok sendiri lah yer. Memang tak rugi pun kalau masuk. Sangat2 berbaloi-baloi Sebab semuanya nampak real! Memang debavommm lah pemikiran owner Wonderfood ni, Time nak keluar aku terserempak dengan owner Wonderfood ni, peramah je orangnya, lupa nak bergambar hihihihi. Okay, tu je kot nak kongsi.
Esok esok aku up plak Part 3! Tungguuuuuuuuuuuu

Seberang pertanyaan tentang Wondefood Museum ni korang boleh tengok page fb dorang
https://www.facebook.com/Wonderfoodmuseum/?fref=ts

P/S: SILA DATANG AWAL! KALAU TAK, PANDAI2 LAH FIKIR!

Monday, January 4, 2016

PENGALAMAN BERCUTI DI PENANG (PART 1)

Bismillahirrahmanirrahim


Semoga aku tabah dan terus berjuang update entry kali ni. Ecehhh! Korang pernah pergi Pulau Pinang atau Penang? Kali ni betul-betul ayah buat suprise, aku banyak kali tanya nak pergi mana ni yah..Sekejap Utara, sekejap nak pergi Jb! I is pening tau! plane last minute memang awesome okay, sangat awesome. Kali ni memang pergi bercuti hujung-hujung tahun, dengan tak book hotel, tempat makan & jalan pun main redah. Gila kau? Memang bajet lari lah gamaknya kan. Tapi aku on saje kalau ada yang sponser, Aku tak tanya pulak berapa bajet semua tu. Tapi insyaAllah aku ingat berapa kos stay hotel, makan masuk situ sini. Haaa nak tau, teruskan membaca yerr!!! Psttttt pesanan janganlah on cuti yang tidak bercadang, menyesal engkorang nanti! 

Sebelum tu aku nak bagitau, percutian huru hara awesome ni sebanyak 3 tempat dalam masa 4 hari 3 malam, first ke Seberang Prai (KEDAH BAQ HANG) , Penang & Perak percaya atau tak, mehh jumpa Apak ku. Dia yang drive yerrr!! Ibu tak bagi aku yang drive, so aku banyak tidur dalam kereta. Hahahahaha! Ayah memang awesome!! Aku memang tak tau ayah nak bawak pergi mana, pagi2 26/12/2015 tu dia suruh siap2 pack bawak baju lebih, aku lejan je bawak 10 helai baju, 3 seluar, tudung satu beg kecik hambikkk mmg muat2 macam sardin! Aku bawak beg sekolah yerr! tapi yang jenis besar. Pepandai lah kau kecik2kan baju tu. So, pukul 8 pagi lagi dah kteorg dah keluar, nak pergi ambik adik aku kat kampung pasir kl, rumah makcik aku. Sebok benau nak duduk situ sebabnya ada cousin aku yang sebaya dia. Haaa biasa lah, kalau dah jumpa makcik2 ni kemain lama lah berborak yer, makan tidur jap. Tengok2 dah pukul 12.30! Masuk kereta terus jalan, aku macam biasa lah membongkang zzzzzZZZ tengok2 dah sampai Butterworth dalam pukul 4.30 macam tu. Tanjat aku dah sampai Butterworth! Gilaa Ayah memang awesome! Kalau aku bawak, tak tau lah sampai pukul berapa gamaknya!

Sampai2 jer perut terus krikk kruukkk haaa waze mana tempat yang ada mee udang area butterworth, 
ida's mee udang tak silap. Dalam lapar2 ni, tekak aku boleh rasa dengan jujurnya ye, sorry lah memang mee udang sini tak sedap, aku tak habis pun makan. Kalau korang nak rasa jugak ikut lah, mybe kita punya citarasa lain-lain, aku rasa mee udang ni dia letak sos je, memang rasa sos sahaja yer! Last2 aku makan apak aku punya mee goreng udang, nasib berselera hihihihihi! memang tak sempat nak tangkap gambar, lapar plus sedap lah jugak. Kalau korang makan kat ida's mee udang ni, aku sarankan jangan makan mee udang. Okay bye! Jangan kencam aku pulak! So, lepas makan baru aku tersedar, apak aku nak bawak pergi rumah Mak angkat kteorang yang dulu masa kecik2 jaga kteorang 4 beradik dari 6 orang. Sempat jaga 4 orang je, sebab Mak angkat aku kena pindah Kedah.
Sepanjang Mak angkat jaga aku, memang aku gemok dari kecik sampai lah ke besar. Makan memang cukup lahh dia bagi. Huihuui. Thanks Mak! Jaga Kteorang :) Malam tu aku sempat lah dok mencari hotel nak stay nanti dekat Penang, sebab malam tu jugak apak aku baru bagitau nak g sana. Nasib dapat yang murah time2 cuti sekolah ni, tapi biasa lah ramai orang kan

Okay, the next day 27/12/2015 
Kteorang gerak dari Seberang Prai pukul 12 gak lah! Hahaha well, kalau dah dekat negeri orang ni takkan tanak berjalan kan, pagi tu Ibu beli bantal yang kabus dia aummmm memang sedap lah bawak tido. Ibu pergi dengan ayah je dating berdua. Aku macam biasa membuta lah lagi pagi tu!

Sebelum aku tidur, baik aku selfie dlu kang merana takde gambar sendirikk!!

Sampai Pulau Pinang pukul 1.30 macam tu, ala dekat je dari Rumah Mak, kot lahh! hahaha bukan aku yang drive! panjang lah jugak jambat Pulau Pinang ni ek. 


Kteorang stay HOTEL SENTRAL GEOGETOWN
 Ni gambar pakcik Google
No, bad lah toilet dia

Satu malam dalam rm 140 dah masuk tax semua tu, kteorang ambik 2 bilik so total rm280
Murah kan? Tapi aku book kat agoda lah, jangan kau walk in pulak, silap2 mau rm300 satu bilik!
Rehat2 dulu lepastu pukul 3 gerak g carik makan lagi, kali ni cari makan dekat Batu feringgi
Aku tak snap gambar makanan pun, sebab lapar!hahahaha korang layan lah dulu gambar ni




bihun sup kat sini sedap!! sedap gilaaaaaaaaaa! Murah je rm5. Kteorang kongsi2 sebab semua dah kekenyangan makan laksa, Air itam Zarie tu apak aku hujung sekali, orang kuat awesome semua lah!
Sayang Ayah!!!!

Malam kteorang lepak dekat padang tembok lama, layan live band 

Ni view menghadap Pantai tau!! Memang nyaman je dengar.. sambil dengar live band sambil layan bunyi pantai.. rugi kalau korang tak pergi sini!!! hehe

                                                 


Okaylahh, aku ada kerja nak kena buat ni. esok kita sambung part yang paling2 best! Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!
Ais Kacang/Cendol Sedapp wehhh makan gedabak besar cmni, tahan setahun beb!
Bye!






Friday, January 1, 2016

Apa Azam 2016 korang?


Azam pija 2016 ni nak buat entry tiap-tiap minggu! HAHAHAHAHAHA! Jangan tak percaya yer..
Aku tau lah, dah lama aku tak update! I is Busy uolss! Dah dekat setahun gak lah aku tak update.
Orang yang selalu stalk blog aku ni pun agaknya dah bosan nak stalk asyik dok berulang cerita
pasal "DAH LAMA TAK UPDATE" tu Haaaa sekarang aku target tiap-tiap minggu kena update.
I can Do it!!!! No Malas2! Lantak lah ada yang baca ke tak! Lepas ni aku nk up cerita pasal travel, makan, makan, makan, makan, makan, hoiii! berapa banyak makan ni. Nampak sangat busy dengan makan! hahaha! Lantok situ, kang kalau aku up pasal makanan korang confirm terliur ah! Korang
doakan lah aku di murahkan rezeki yer, leh makan sedap2, nanti aku belanjer gambo hehehehe!
Btw, sekarang aku tengah mencari kerja. Susah beb nak cari kerja sekarang! Tapi aku tak boleh putus asa! Usaha tetap usaha! Korang kalau ada tau kerja kosong area Bangi/Kajang/Semenyih/Putrajaya/Serdang dan seangkatan dengannya bagi tau lah aku yer! Aku sangat-sangat memerlukan. Aku tak demand sangat nak kerja besau, sebab kelayakkan aku cuma STPM je, kalau boleh nak kerja as admin. Aku bukan tanak sambung belajar, tapi sekarang kos sara hidup yang makin lama makin wooooowwww! Tepuk dada Tanya Najib! Ehhhhhh! Bagi aku ilmu tu ada di mana-mana. Time kerja pun kita belajar juga kan? Belajar nak jaga hati orang, belajar nak jaga hati boss, belajar nak jaga hati customer... Haaa belajar jugak kan? Esok aku nk up pasal aku g
Penang! Haaaa tunggu tau! Okaylahh, aku nk carik kerja ni. (search dlm tenet) Mana tau ada.. hehehe doakan aku berjaya yer! Muah sikit!!!


                                      Nah aku belanjer kuih tradisional jemput jilat screen!!

P/s: Siapa2 yang memerlukan pekerja admin bagitau kay! Email pijot_fiezo@yahoo.com
       

Sunday, September 7, 2014

DAH LAMA TAK UPDATE

Apakan daya, tahap kemalasan makin hari makin berleluasa, mana pergi kerajinan atee pun tak tahu. Atee rasa dah 6 bulan tak update blog. Semalam mimpi ada orang nak bunuh atee sebab tak update blog, apa kau rasa? Rasa nak taip laju laju laju laju biar dia nampak yang aku ni sedang menaip terkumat kamit nak fikir cerita apa yang menarik. Biarpun, blog ni sudah lama berhabuk atee harap ada orang menyinggah lah, kalau tak aku kena bunuh! Omg! Ilusi kuat benar mempercayai semua mimpi-mimpi yang tahyul. Hahaha! Ermm..
Hows your day? Hidup lagi? Dah tobat? Apa, sekarang kau sedang berseronok dengan duniawi? Ahaks

Aku takde cerita yang bestla! Kau sanggup nak scroll cerita aku? Tiap minggu tanya bila nak update? Wah! Famousnya kau ni Fieza hoi! Ye, mmg ada yang tanya. Jawapan aku! AKU MALAS! Hahahaha! Tapi bila aku fikir balik sampai bila aku nak berterusan dengan kemalasan ni. 

Okay aku nk tanya, korang pernah tak rasa macam ada orang mengambil kesempatan dalam kesenangan kita? or mengambil kesempatan dalam kesempitan haaa ayat ni memang utuh sangat dengan apa yang aku rasa. Berbalik pada cerita, aku memang pantang lah orang yang ambil kesempatan ni! Sekali dua kali tiga kali empat kali dan sampai ke tahap lima kali tu memang aku dah tak boleh sabar. Kau fikir aku ni permainan jutaria ke apa? Sampai satu tahap kesabaran aku dah hilang, memang aku ignore jela orang tu. Aku malas nak kata apa, biar dia sedar sendiri, and now? macam takda rasa sedar pun aku tengok. Hahaha lantak lah, aku malas nak fikir buat sakit otak je. Baik aku fikir diri aku ni, bila nak berubah! bila nak berubah! bila nak berubah! 

Bila aku nak buat baik je, mesti tersekat! Macam ada sesuatu yang menghalang, ish jauhkanlah. Sekarang ni pun aku nak taip benda baik pun tersekat ni ni sekarang tengah taip ni aku rasa nak mencarut! kau rasa? Hanya Allah sahaja yang tahu. Harap korang memahami, orang yang dah lama tak menaip beginilah rupa bila takda idea. HAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAA! SELAMAT MALAM!



Rindu aku? nah buat wallpaper kau!

Nah buat wallpaper whatsapp ahaha




p/s : Maafkan buat engkau rasa menyampah dengan entri kali ni. hehehe peace!


Monday, November 18, 2013

Bila hati kita tak tenang....

Korang pernah tak rasa hati tu tak tenang, gelisah semacam je. Padahal kita takde buat salah apa-apa pun dekat orang 'mungkin lah'. Korang buat apa ye kalau hati tak tenang?
Tak tahulah sejak-sejak ni hati aku rasa tak kena je, rasa semacam je, rasa berdebor-debor, rasa gelisah, rasa nak fitam, rasa jiwa ni meronta-ronta. Mungkin hubungan aku dengan Allah kurang. Aku cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Aku bukan manusia yang perfect, ada kalanya iman aku naik adakalanya iman aku turun. Nafsu lebih lebih nak buat jahat. Haaa tak dinafikan la kan. Macam2 benda jahat yang kita boleh buat.

Tapi ubat paling-paling mujarab nak tenangkan hati ialah "BERZIKIR" "SOLAT SUNAT" SOLAT 5 WAKTU TU MEMANG WAJIB la kan. Tapi hati masih gundah? Kenapa ya? Dan sejak-sejak ni aku selalu mimpi bukan-bukan. Seram weh seram! Pastu bila aku nak pergi mana-mana haaa mula lah fikiran dah melayang2 fikir bukan-bukan. Takutlah tetiba jadi apa2. Aku takut weh! Takut! Aku takut mati!
Aku tanak semua ni, tapi kita sebagai manusia kena terima hakikat dan takdir. Dan sejak2 ni jugak aku seseorang yang beremosi yang tak tentu arah. Kadang aku suka bersendirian, fikir fikir dan fikir. Kadang aku suka marah meroyan macam orang gila, orang gila pun tak macam aku, kadang aku baik gila! bukan nak puji diri sendiri tapi itulah hakikatnya yang terjadi dekat aku sejak2 ni. Sebelum apa2 terjadi, aku nak minta maaf kat korang, kalau thos member2 yang kenal aku yang tengah baca blog ni aku dah lama maafkan korang, dan aku minta sangat2 tolong maafkan aku. Aku tahu selama perkenalan kita Allah nak tunjukkan sesuatu.

Entaahlaa mengarut lah pulak kan entry kali ni, tapi rasanya tak mengarut kot. Selagi sempat, selagi mampu. Aku cuma nak bagitahu korang, jagalah pergaulan kita antara lelaki & perempuan, jagalah aurat, jaga hubungan kita dengan manusia, jaga hubungan kita dengan Allah,  jaga hubungan kita dengan keluarga terutamanya dengan parents. Pastu janganlah sesekali kau cuba nak berjoli2 sedunia. Jangan buat maksiat weh jangan! Jangan tengk benda2 Lucah! Jangan! Jangan! Jangan! Ingatlah pesan aku. Walaupun aku bukan sesiapa2 bagi kau, tapi aku as a muslim must give your advise. Cewahh berspeaking pulak kan. Hohohoho sorrylah entry kali kalau bosan. Apa yang terdetik dan perlu aku bagitahu aku bagitahu. KBYEEEEEEE



SABAR YE MAK BEDAH



ZIKIR YANG SELALU AKU DENGAR

Saturday, November 2, 2013

FINAL EXAM DAH NAK DEKAT!!

Maaf dah lama tinggalkan blog. Hmmmmmmmmm Saya sedang bekerja keras untuk Final Exam. Lepas exam insyaAllah ahkak update banyak2 cewahhhh macam retiss pulak. Before exam kita kasi mohon restu bermaaf-maafan dulu. Ok ahkak tinggalkan korang dengan gambar k. "Doakan saya dan semua calon2 STPM dapat jawab dengan tenang, diberikan idea2 yang baik dan mendapat keputusan yang cemerlang" Amin!

memasing mata merah :'( Rindu semua!

classmate. Awesome. Best!


study group. Alhamdulillah.

adik last ahkak. Ok bye






pesanan : DOAKAN KAMI TAU! SANGAT2 MEMERLUKAN DOA KALIAN :)

Saturday, October 19, 2013

Tips nak diet?? a.k.a Kurus??


Terasa benci apabila kawan-kawan anda mula mengejek dan memerli kerana bentuk badan anda. Adoiii, malunya rasa.. nak menyorok di belakang pintu tak muat pula. Apa boleh buat, terima sajalah hakikat yang anda itu GEMUK. Semua orang menginginkan badan yang cantik, sihat & langsing kan? Terutamanya "PEREMPUAN" betul tak? Sama lah macam aku, konon dulu berangan nak kurus, nak kurus siap beli macam2 nak diet. Haaaa kau sampai sekarang ahkak tak kurus-kurus, macam mana ni? Ahkak nak kahwin cepattttttttttttttt! Cecitttt! belum habis belajar dah fikir nak kahwin? Eh no no no! persediaan awal, haruslah nak badan yang cantik kan? Kang aku punya gaun kahwin tak muat pastu nampak noh lemak lemak kat badan? Haaa macam mana? Nak nangis Hoi T.T sekarang ni pun rasa macam air mata dah nak menitis. Oh dunia!  

Baiklah, mari kita amalkan diet yang baik :D Ni cara aku, disebabkan aku baru nak mula berdiet ni, aku dok buat eksperimen sendiri. Muhahahaha ikut hang lah nak ikut ke tak. InsyaAllah berhasil :) Dengan IzinNYA


Breakfast 
Aku cuma makan 1/2 mangguk Nestle Fitnesse & Fruit dengan susu low fat *ikut hang lah nak bantai susu apa, tapi low fat!


pastu boleh je kalau nak makan buah or sayur breakfast uh! Jangan kau skip breakfast sudah! Tak patut tak patut! Breakfast tersangatlah penting untuk kita. Sebenarnya, aku dah lama dah makan fitnesse ni dari form 5 memang turun berat badan aku. 4 kg kot turun! Entah syaitonnn mana dok pujuk hasut aku makan burger MCD time tu terus dan terus aku malas nak diet. Hambak hang lah, jangan sesakli kau ikut perangai aku. Niat biar betul ye anak-anak :)

aku beli susu yang dalam kotak, senang takdok orang nak rembat! Kang kalau aku letak dekat ice box
tak sampai esok habis. Macam mana nak diet T.T tsk tsk tsk Hahaha




LUNCH 

Lunch aku tak takde lah nak makan fitnesse ni jugak kan, aku ambik sikit nasi berlaukan ikan bakar or ayam bakar. Takyah dah kau nak makan makanan yang berminyak goreng goreng bagai. Displinkan diri kau tu sikit *cakap dekat diri sendiri* Kau nak diet tapi makan berminyak? Sampai ke tua hoiii kau macam ni je.

Ok je kalau nak makan macam ni, ikut kau lah. nak letak apa. Tapi yang penting ada sayur & Jangan makan makanan yang berminyakkkk k? JANGAN SAYANG


DINNER
Dinner aku makan 1/2 mangguk fitnesse ngan susu low fat. Jangan sesakli skip Dinner ngan Breakfast tau sayang. Apa yang penting sebenarnya kau kena displin sekaligus tahan sikit nafsu makan tu. Lantak kawan kau lah nak makan apa depan kau. Kau buat duno je. Biarkannnn kau nak kuruskan? Haaaa niat kena baik :) 



Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke gym Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak. Kalau nak berat badan turun cepat 'workout' lah k :D


Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.



Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Kau akan Kecewa! Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.


Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Shopping semua baju size "S" Wahhhhh terus nak S Takpe untuk diri sendiri Jah!


aku nak berat badan aku time ni!!!!!!!! *aku yang belan kanan sekali* walaupun taklahhh kurus mana, tapi aku suka bentuk badan macam ni dalam 63 kg. Perghhhhh Berat lah jugak kan. Tapi sekarang lagi lah melampau berat dia double!

now berat aku. dah........ cececetett!! biarlah rahsia... beza kan? besar sikit. wahhhh nak nangis! Byeee




Kuatkan semangat, selamat mencuba dan semoga berjaya! ;D
Pesan pada diri sendiri *aku nak bentuk badan macam dia blaa blaaa blaaa*

Wednesday, October 2, 2013

JOM DERMA DARAH :D

Ni cerita Isnin lepas, tapi baru nak cerita sekarang? Hehehe, I so busy. Banyak assignment nak kena settle, ni pun ada lagi sebenarnya tapi aku hilangkan stress dengan membebel kat blog, boleh? kau sanggup? Hahahahaha fedulik apa aku. Korang kena baca gak ahkak bebel. Ok? Buat muka comel buat muka comel ^^
Korang pernah derma darah tak? Kalau tak pernah sila2 lah menderma dengan seikhlas hati, Cewahh! "TAPI! KALAU KORANG NAK MENDERMA PASTIKAN BERAT KORANG LEBIH DARI 47 KG AND ALSO TAKDE SEBARANG PENYAKIT!" Fullstop!

Masa ni aku derma darah dekat sekolah, pusat darah negara tu datang kat sekolah, so aku takkan sia-siakan peluang ni. Sebab aku sukakan cabaran. Ehh? Derma darah je punnggg kan? 

Ok First2 dia bagi lah taklimat bla bla bla *masa ni aku takde kat dalam dewan* malas nak dengar. Hahaha
Pastu daftar nama bla bla, then nanti nurse tu bagi borang suruh kita isi maklumat2. Dalam borang uh dia tanya kua ado penyakit ni? penyakit tu? Alhamdulillah semua2 penyakit tu aku takde so boleh lah menderma. Pastikan dalam 1 minggu sebelum kau tak g cek gigi or cabut gigi, tak bekam and banyak lah soalan dia aku lupa ah banyak sangat :D DAN yang pasti dia akan tanya kau pernah main? Peh ayat ahkak, eh takdelah dia tanya macam tu kan, malu lah orang. Soalan dia macam ni, "pernahkan anda melakukan perhubungan bla bla" "pernahkan anda mengambil dadah" Haaaaaaa lebih kurang macam tu lah soalan dia. 

PENDERMA DARAH ni kena umur 17 tahun ke atas, so aku green light lah kalau nak derma :D. Hehehehe. Lepastuuuuuuuuuuuuu dah habis isi borang apa semua, dia check lah kita ni darah apa, darah O ke darah AB ke darah A. Nak tahu tak ahkak darah apa? Jengjengggggggggggggg



Ahkak darah O Darah ahkak tak kedekut oulss boleh masuk mana2 jenis darah Hekhok
dia ambik sikit darah kat tangan, terkezuttt ahkak time dia ketep jari, rasa macam kena gigit semut :p

After that, pergi kat kaunter 2 dia check nadi kita kot, aku tak berapa nak perasan time uh sebab dah start gemuruh wehhh nurse uh tahu2 je aku gemuruh siap boleh tanya lagi "takut eh" dengan rela mengangukkan kepala *skemanya ayat ahkak* pastu g kaunter 3 berapa banyak kaunter la..... Kat situ dia just nak tahu alamat rumah yg betul. Haaaaaaaaaaaaaaaaa tiba lah masanyaaaaaaaaaaaaaaaaaa! 

Sebelum tu!!!! Hahahaha nak cerita sikit, time orang pertama derma pehhh jantung aku bagai nak jatuh ke bumi weh. Tengok dia punyaa jarum mak ai! Berderau darah aku. Hahahahah Fikir lagi, fikir. Turn kawan perempuan aku kena baru aku rasa macam "Ok rasanya macam tak sakit" Ayat kasi positif sikit, nak pujuk diri sendiri. Aku banyak2 istighfar pasang niat yang betul, macam2 lah aku nak yakinkan diri. Di samping tu, kawan2 banyak bagi semangat. Pehhhh terus "Ok aku boleh lakukan untuk mereka" "Niat untuk membantu" Biarkan segala rasa kesakitan, takpe jangan biarkan mereka yang memerlukan menderita. Terus sazzzassss nurse saya dah sedia, dengan malu malu kucing, mana taknya semua nurse LELAKI wehhh... Handsome pulak tu kan. Hahahahahaha Tiba lah masanya jarum menghinggap di tanganku.



Jarum kecik ni boleh tahan sakit dia sebab dia nak kasi ubat tahan sakit kan.... Aku tak pandang pun weh time ni. Hahahaha kecut perut mak! Pastu tibalahhhh waktunya jarum BESAR pulak... Alaaaaaaa time ni kawan aku tak tangkap, agaknya dia pun takut tengok jarum se besar tu. Aku kasi gambar goggle lah k.

Haaaaaa besar ni, tapi jarum ni tak sakit time nurse uh masukkan... rasa biasa je dari jarum kecik tadi. Aku memang tak pandang lahh wehh. Hahahah Buat muka cool... Pastu datang lah member2 yang bagi kata2 semangat. Konon sweet lah tu? Hahahahaha Sayang korang

Haaaa kau tengok, mana nak takut semua bagi semangat. Yang tak boleh blah, bebudak ni kata nak terberanak. Otak kau! Hahahaha. Aku steady je time ni Alhamdulillah darah mengalir cepat padat dan pantas. takdelah aku nak menunggu macam sorang kawan aku ni. Mybe darah dia liat kot. Hahaha
Ni orang pertama yang menderma time tu. Hehehehehhe dia relax je laki lah katakan kena lah tunjuk hebat. Puiihhhhhhhhhh

perempuan yang pertama menderma. Terus aku semangat!



Alhamdulillah sudah menderma, ANDA BILA LAGI?
SEBELUM MENDERMA PASTIKAN ANDA SUDAH BREAKFAST


P/S : MAAF KOTAK "COMMENT TIDAK BOLEH DIBUKA"
Kalau korang tahu macam mana nak enable balik, bagi tahu aku. pening aku dok kodek2 nak suruh ada balik kotak 'comment tu' HELP ME :'(