Tabung Haji :D

Monday

Bila hati kita tak tenang....

Korang pernah tak rasa hati tu tak tenang, gelisah semacam je. Padahal kita takde buat salah apa-apa pun dekat orang 'mungkin lah'. Korang buat apa ye kalau hati tak tenang?
Tak tahulah sejak-sejak ni hati aku rasa tak kena je, rasa semacam je, rasa berdebor-debor, rasa gelisah, rasa nak fitam, rasa jiwa ni meronta-ronta. Mungkin hubungan aku dengan Allah kurang. Aku cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Aku bukan manusia yang perfect, ada kalanya iman aku naik adakalanya iman aku turun. Nafsu lebih lebih nak buat jahat. Haaa tak dinafikan la kan. Macam2 benda jahat yang kita boleh buat.

Tapi ubat paling-paling mujarab nak tenangkan hati ialah "BERZIKIR" "SOLAT SUNAT" SOLAT 5 WAKTU TU MEMANG WAJIB la kan. Tapi hati masih gundah? Kenapa ya? Dan sejak-sejak ni aku selalu mimpi bukan-bukan. Seram weh seram! Pastu bila aku nak pergi mana-mana haaa mula lah fikiran dah melayang2 fikir bukan-bukan. Takutlah tetiba jadi apa2. Aku takut weh! Takut! Aku takut mati!
Aku tanak semua ni, tapi kita sebagai manusia kena terima hakikat dan takdir. Dan sejak2 ni jugak aku seseorang yang beremosi yang tak tentu arah. Kadang aku suka bersendirian, fikir fikir dan fikir. Kadang aku suka marah meroyan macam orang gila, orang gila pun tak macam aku, kadang aku baik gila! bukan nak puji diri sendiri tapi itulah hakikatnya yang terjadi dekat aku sejak2 ni. Sebelum apa2 terjadi, aku nak minta maaf kat korang, kalau thos member2 yang kenal aku yang tengah baca blog ni aku dah lama maafkan korang, dan aku minta sangat2 tolong maafkan aku. Aku tahu selama perkenalan kita Allah nak tunjukkan sesuatu.

Entaahlaa mengarut lah pulak kan entry kali ni, tapi rasanya tak mengarut kot. Selagi sempat, selagi mampu. Aku cuma nak bagitahu korang, jagalah pergaulan kita antara lelaki & perempuan, jagalah aurat, jaga hubungan kita dengan manusia, jaga hubungan kita dengan Allah,  jaga hubungan kita dengan keluarga terutamanya dengan parents. Pastu janganlah sesekali kau cuba nak berjoli2 sedunia. Jangan buat maksiat weh jangan! Jangan tengk benda2 Lucah! Jangan! Jangan! Jangan! Ingatlah pesan aku. Walaupun aku bukan sesiapa2 bagi kau, tapi aku as a muslim must give your advise. Cewahh berspeaking pulak kan. Hohohoho sorrylah entry kali kalau bosan. Apa yang terdetik dan perlu aku bagitahu aku bagitahu. KBYEEEEEEE



SABAR YE MAK BEDAH



ZIKIR YANG SELALU AKU DENGAR

7 comments:

Siti Evil said...

Salam . Ape yg akak share kat atas ni . Sme ape yg sye rse kn skrg . Rse hati tak tenang . Mcm kita ni bnyk buat salah . Mybe tuhan bgi hidayah tuk kita . Sye pernah brtnye kepada 'seseorang yg pandai berubat' tentang ape yg sye alami ni . Dye bercakap ade gangguan syaitan . Sye tak thu nk percaya ke ta . Tapi sya yakin tuhan telah menguji kita kat mana tahap keimanan kita . Kadang kita rse takut mcm xmenentu . Rse nk mati je . Rse seolah2 mcm nk kiamat . Mlm2 rse nk nangis . Rse sedih sgt2 . Insyaallah Allah ade bersme kita semua . Semoga tuhan memaafkan kesalahn kita . Amin

Siti Evil said...

Salam . Ape yg akak share kat atas ni . Sme ape yg sye rse kn skrg . Rse hati tak tenang . Mcm kita ni bnyk buat salah . Mybe tuhan bgi hidayah tuk kita . Sye pernah brtnye kepada 'seseorang yg pandai berubat' tentang ape yg sye alami ni . Dye bercakap ade gangguan syaitan . Sye tak thu nk percaya ke ta . Tapi sya yakin tuhan telah menguji kita kat mana tahap keimanan kita . Kadang kita rse takut mcm xmenentu . Rse nk mati je . Rse seolah2 mcm nk kiamat . Mlm2 rse nk nangis . Rse sedih sgt2 . Insyaallah Allah ade bersme kita semua . Semoga tuhan memaafkan kesalahn kita . Amin

Siti Evil said...

Salam . Ape yg sye nk ckp kn ni adalah sme ape yg akk rsekn . Ape sye rsekn skrg rse sedih di hti . Tidak tenang . Mcm de bnde nk berlaku . Takut jeee . Rse mcm kita nk mati bila2 mse je . Bila mlm rse ssh nk tdr . Fikiran ni ta mnentu . Asyik fikir2 je . Mybe tuhn memberi hidayah kepada kita . Amin .

faizul badri said...

Untuk menenangkan hati, boleh cuba kasturi syifa sebagai ikhtiar : )
http://muslimchoices.com/?p=kasturi_syifa_assyafi

nurhafieza said...

Thanks korang! <3

Anonymous said...

Sekarang dh Ok ke?!..

Shazwan Shinichi said...

assalamualaikum,saya pun sedang menghadapi perkara yang sama shingga saya berjumpa dengan seorang ustz,dia kata saya kena gangguan saka tapi setelah berubat,keadaan saya masih sama dan kali ni didatang dengan sakit2 badan,rasa sejuk kt kaki,belakang badan dan kekadang rsa sejuk kt tgn,semoga saya jumpa cara untuk sembuhhkan semua ni