Tabung Haji :D

Thursday, January 7, 2016

BERCUTI DI PENANG PART 2 (WONDERFOOD MUSEUM)

Korang sedia maklum Pulau Pinang/Penang ni banyak tempat best-best, rugilah kalau kau pergi Penang duduk tidur dalam hotel. Serius Rugi Besar!

So, kali ni aku nak up entry pasal WONDERFOOD MUSEUM yang terletak di 34 Lebuh Pasar,
Pulau Pinang, belakang jetty, sebelah Cimb. Wonderfood ni 8 minit dari Hotel Sentral Georgetown. Okay, buat pengetahuan korang aku tak tahu pun wonderfood ni ada kat sini, aku tau pun sebab aku rajin google kehkehkhe. Malam tu jugak aku search tempat apa yang best nak pergi pagi besok! Dengan plan yang huru hara ni kan..

Kalau korang nak tau, wonderfood muzium ni, dorang pamerkan replika makanan yang betul-betul real! Aku masuk je, terus lapar, wehh! sumpah real gila replika dorang! Nak sentuh memang tak boleh lah yer, setiap stage ada orang jaga! hehehehe Dah lah replika tu besar2 gedabak aku rasa macam nak ambik masuk dalam beg

Paling senang nak carik, korang guna lah waze yer, kau pasti akan nampak Tanda Bulat huruf W tu!
Confirm jumpa! Sebab jalan situ sehala je

So, kiteorang masuk berempat je, apak ngan Ibu dok dalam kereta, sebab memang takde parking kosong yer, memang malas ler dorang nak cari huhuhuhu. Tapi aku rasa ada je... pepandai lah korang tengok kiri kanan yang park kat dalam

Open everyday from 9am-6pm last admission 5pm
Adult : RM15 (Mykad)
RM 25 ( without Mykad)
Senior/Student/Children (3-12 yrs old) : RM10

Sebelum masuk, korang akan nampak replika ni dulu. YaAllah Ais kacang/Cendol real kan?
Perghh!!


Jom kite beraksi!

Cukuplah bekalan untuk setahun tak basi2 :P

Masa ni tangan aku gatal je nak pegang masuk mulut! Apesal lah makan tempek kat dinding, kalau ada atas katil syok sikit! Haha

kau tengok! tangan takleh nak juga pegang!
Hi bang sorang je ke? 

Wonderfood ni bukan je saja-saja nak pamerkan replika, tapi ada maksud tersirat & tersurat ye!
Semua jenis makanan Malaysia ada, Makanan orang Melayu, Cina & India perghh amaaa sedap baq hang, baru tengok replika dah rasa lapar sob sob sob


 Ni time perayaan Tahun Baru Cina, Makan besar laaa!

Wehhh! Yang kat pinggan tu! T__T Nampak real kan? Siap ada sambal belacan lagi!
Ni kalau betul-betul kenyang weh, takyah buat 2 kerja dah opssss :p


Haa pilih2 Dapat lunch lauk-pauk macam ni pun sedap gak! nyummm

Cuba bayangkan makanan yang kita makan tetiba berubah menjadi colourful?
Perghhhh! Mau kencing manis agaknya 

Imagine if food like this? Kau boleh masuk anak tekak tak? Tengok pun dah tak lalu kan



Nah! Tatap!



Layan lah gambar-gambar ni, aku cuma nak bagitahu, Kalau dah sampai sini jangan lupa pergi!
Memang best! Dorang bukan calang-calang tau nak buat replika yang realistik ni ada dari bahan buangan, aku lupa dorang pakai apa buat semua ni. Dorang ada bagitau, i is lupa ok. Sorry


ni buat aku kecur! Serius nampak real! gurlpp laparrrrr

the Big Cendol
so sawittt! 









Actly, ada banyak part lagi tau! Bukan ni je. Kalau nak masuk semua sampai tahun depan tak sudah dok upload gambar kan. So korang kena pergi tengok sendiri lah yer. Memang tak rugi pun kalau masuk. Sangat2 berbaloi-baloi Sebab semuanya nampak real! Memang debavommm lah pemikiran owner Wonderfood ni, Time nak keluar aku terserempak dengan owner Wonderfood ni, peramah je orangnya, lupa nak bergambar hihihihi. Okay, tu je kot nak kongsi.
Esok esok aku up plak Part 3! Tungguuuuuuuuuuuu

Seberang pertanyaan tentang Wondefood Museum ni korang boleh tengok page fb dorang
https://www.facebook.com/Wonderfoodmuseum/?fref=ts

P/S: SILA DATANG AWAL! KALAU TAK, PANDAI2 LAH FIKIR!

4 comments:

Aisyhah Nyais said...

Menariknya!! suka2

Unknown said...

Wahhh, nampak real gila! Serius lapar ni. >_<
Btw, singgah sini... ^_^

Sop said...

menarik juga tempat ni
hari tu g penang x taw plak :)

Raihan Idris said...

menariknya tempat ni...nanti boleh pergi