Tabung Haji :D

Thursday

Trip Bajet Cameron Highlands (Part 3) 2016

Yeayy, akhirnya misi aku berjaya juga sampai last part, Horeyyyyy

Esoknya, memasing tak boleh buka mata. Layan kesejukkan... Memang layan habis weh, aku bukak tingkap je berdesup angin masuk... Okay bagi yang ketinggalan part 1 & part 2, korang boleh click link dekat bawah ni..

Trip Bajet Cameron Highland - Part 1
Trip Bajet Cameron Highland - Part 2

Last tempat yang ada dalam list kteorang adalah "Lavender Garden, Tringkap Cameron Highland"


Lavender Garden ni buka hari2..
Bayaran masuk : Dewasa RM8.00 / Kanak2 Rm5 (2016) kalau next year naik lagi tak tau la ye, tahun lepas tak silap aku masuk RM6 Sahaja untuk dewasa

ni dekat area2 memula nak masuk..

Ice-Cream Lavender! Sedap Gila2, rugi kalau tak rasa Rm8.00/cone

 Ni kedai ice-cream tu, dekat dengan pintu masuk

Layan ~


Cantik sangat2 bunga2 dekat sini, rasa macam dekat overseas tau 


tuan blog posing poyo haha





Banyak lagi gambar, aku masukkan sikit jelaa ye. takut korang muntah hijau pulak haha

Dekat sini baru aku petik strawberi fresh2 dari pokok dia, aummmmm sedap manis masam semua ada

1 Bakul maximum boleh petik 200gram shj ye, boleh 2 orang petik untuk 1 bakul

 Aummmm sedapnya...

Aku punya terlebih 10gram so kira halal la, 100g RM5

dah penat petik, makan pulak.. kalau datang cameron ni, haihhh semua nak strawberi.. 


ice-cream strawberi pun sedap, tak ingat berapa rm hehe
Bye2 Lavender garden.. nanti kteorg datang lagi

Lepas tu terus pergi pasar kea farm, nak turun balik memang jem la weh, orang2 singapore datang mai cameron.. Bukan peak season pun jem apatah lagi peak season kan.. Kea farm banyak juga orang jual2, aku tak sempat nak tangkap gambar.. sebab rushing nak balik pulangkan kereta sewa hehehe.
So, nak kata best ke tak pergi cameron highland ni.. jawapan aku memang best! Sebab sejuk & banyak straberi tau hehehe i like!


5 comments:

Illya LeYa said...

Yeah!!! Cameron Highlands memang awesome.. LeYa dah g byk kali pun rase seronok nak gi lagi..hehe

ANIS NABILAH said...

wahhh menarik betul warna aiskrim lavender tu , nak kena try ni ^^

Faizah Syakira said...

wah bestnya!

Amin Hakim said...

Cameron lavender tu memang tempat wajib bila pergi cameron highlands.. boleh selfie2 kan..

Cik Zue said...

wahh. cameron. best nya sejuk2 . hee ;)