Tabung Haji :D

Friday

Kisah Semut..

Peringatan penulis: Cerita ni hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan apa-apa yang wujud di alam ini sekalipun..cuma secebis kisah rekaan untuk peringatan kita semua...


Al kisah di satu sekolahh  yang buwukk tinggal  adeww budak yg berasal dari keluarga yang ? berada. Rumahnya besar dan mempunyai tersangatlah banyak bilik. Lalu budak ni pon mengambil satu bilik yang tidak digunakan dalam beribu-ribu bilik dirumahnya ni, lalu meletakkan dua ekor semut di dalamnya,yang bernama
ROY
 dan MAT  dan berpesanlah budax itu kepada semut2 itu, katanya " tinggallah kamu di bilik ini dan ikutlah apa yg akoeww dah bagitau dan jauhilah larangan2 ku sehingga pintu bilik ini akoeww buka semula. Lalu dikuncinya bilik itu rapat2. setiap tiga hari dia akan on lampu dalam bilik tu dan tiga hari laginya lampu akan di off, dan begitulah seterusnya.maka tinggallah dua ekor semut itu di dalam bilik itu...(ROY dan MAT )

Lalu beranak pinaklah dua ekor semut ini sehingga menjadi tersangat ramailah anaknya. Walaupon kedua ekor semut yang awal tadi pernah hidup di luar bilik, iaitu di dunia yang Maha Luas ini, tidaklah ia dapat menceritakan kesemua perihal dunia itu kepada anak2nya yang sangat ramai itu. Lalu hiduplah semut2 yg ramai itu dengan pengetahuan yang dunia mereka hanyalah bilik itu,, yg pada seekor semut, sangatlah besar bilik itu. Pada pandangan semut itu, apabila lampu di buka(tiga hari), adalah waktu siang dan apabila lampu ditutup (3 hari juge) adalah waktu malamnya. Maka semut2 itu pon mencipta masa perkiraannya berdasarkan jangka waktu lampu2 itu di on dan di off. Dan apabila semut2 itu menjumpa laptop didalam bilik itu, ramai di antara mereka akan berkata, ini terjadi dengan sendirinya, kerana tidaklah ia pernah melihat laptop itu dicipta oleh manusia. Walhal akan ada sekumpulan semut yang berfikir akan mengetahui yang tidak mungkin laptop ini akan terjadi dengan sendirinya...


Setelah hidup begitu lama, semut2 ini terasa perlunya panduan untuk hidup. lalu mereka mencipta satu ideologi dan pegangan yang boleh memandu hidup mereka. mereka menamakan ideologi ini sempena ketua-ketua puak mereka, pengasas ideologi mereka dan juga nama kaum semut yang memegang ideologi itu. Dan mereka sangatlah berbangga kerana berjaya mencipta satu ideologi yang boleh mereka berpegang kepadanya. Ketika ini hanya tinggal sedikit sahaja semut yang masih mengingati pesanan dua ekor semut yang mula2 tadi.Lalu setelah sampai satu ketika, budak ini terasa yang semut2 ini telah terlalu rosak hidup mereka. Lalu ketika satu masa dimana semut2 lain tidak perasan,, dia menculik seekor semut yang amat baik sifatnya ini, lalu dibawa keluar dari bilik itu. Apabila melihat sendiri akan wujudnya dunia di luar bilik itu dan wujudnya budak itu serta wujudnya manusia, Keyakinan semut ini terhadap pesanan moyangnya bertambah kukuh. Ketika ini, semut ni sudah sedar akan kemampuan dan kehebatan manusia jika dibandingkan dengan semut2 di dalam bilik itu. Lalu berpesanlah budak ini kepada semut itu, " Akulah tuan kamu dan tuan nenek moyang kamu, patuhilah arahanku dan jauhilah laranganku sehingga satu masa di mana aku akan membuka pintu ini. Ketika itu sapa yang mengikut arahan akan aku kurniakan nikmat yang tak pernah kamu merasainya ( gula setinggi 8 meter), dan sapa yang melanggar arahan akan aku bakar dalam tempat barbeque." lalu diserahkan satu buku panduan kepada semut ini. Didalam buku panduan ini terkandung arahan dan larangan serta perihal dunia luar dan kehebatan manusia2 yg hidup di dunia luar. Semut ini telah berpeluang melihat gula setinggi 8 meter itu dan telahlah ia dapat melihat tempat barbeque tu. Maka yakinlah ia,, kalau budak itu nak membakarnya, amatlah mudah ianya dapat dilakukan. Lalu pulanglah semut ini kepada kaumnya.

Sepulangnya kepada kaum semut itu, ia mulalah menyeru semut2 lain supaya mematuhi arahan2 budak tadi. Berceritalah semut ini perihal gula setinggi 8 meter dan perihal tempat barrbeque yang menanti mereka. Tetapi bagi semut2 lain yang tidak dapat melihat benda2 itu,, dikatakannya semut ini penipu, gila dan sebagainya.Mustahil kata mereka ada dunia selain dari bilik ini(kerana mereka tidak pernah melihatnya). Hanya beberapa semut sahaja yang menuruti seruan semut tadi. Kerana keyakinan semut tadi terhadap dunia di luar bilik itu yang menantinya, dia pun beribadah siang dan malam, sentiasa melakukan kebaikan sebab dia tahu tuan dia ada letak kamera dalam bilik itu. sentiasa memerhatikannya. dan berterusanlah dia menyeru semut2 lain kepada kebaikan dan melarang mereka berbuat kejahatan. tetapi sedikit sekali mereka mendengarinya. Ada ketikanya, ketika seruannya tidak berhasil, menangislah semut ini kesendirian. Mase tu, budak tu dan rakan2 nya sedang melihat semut tadi melalui kamera tertutupnya. Maka terasalah hibanya budak ini dan rakan2nya bagi pihak semut tadi dan turutlah menitis air mata mereka. Lalu budak ni mengirimkan sepucuk surat kecil, katanya " Janganlah kamu bersedih hati, sedangkan kamu tahu kamu dijalan yang benar, dan setiap sesuatu itu ada balasannya". Mendengar janji tuannya ini, hilanglah hiba hati semut ini,, lalu teruslah ia berkerja menyeru semut2 yang lain ke arah kebenaran, tanpa sebarang keraguan dihatinya...

Sejam sebelum pintu bilik itu dibuka, semut tadi terus menyeru rakan2 nya supaya mengikut kata2 tuan tadi. tetapi tidaklah mereka mengikutinya. Teruslah mereka menjalani hidup mereka yang sia2, menonton anime, bersembang2 tanpa mengetahui SEJAM lagi mereka akan dibakar didalam tempat barbeque tadi,sedangkan semut yang mereka anggap gila tadi akan dapat gula setinggi 8 meter. Tidakkah sedih kita melihat semut2 ini? Sudah tentu dihati mereka,, mereka bersangka mereka akan hidup selama-lamanya, sampai mereka mati. Tapi kalau budak itu berkata dia nak buka bilik itu sejam lagi, siapa yang dapat menghalangnya? Kan bilik itu kepunyaannya?

Pengajaran:
1)Sebuah bilik itu adalah sangat insignificant bagi budak yg mempunyai beratus2 bilik dirumahnya.Jadi jika semut2 itu patuh atau tidak kepada arahannya, tidaklah ia rugi sesen pon. Bukankah budak itu terlalu amat kaya?
2) Sebagai manusia, kita akan berkata. Bodohlah semut2 yang mengatakan laptop itu wujud dengan sendirinya sedangkan kami(manusia) yang menciptanya. tidakkah begitu?
3) Apabila kita dibesarkan di dalam satu ruang, kita tidak akan dapat imagine ruang yang diluar ruang kita ini. Dapatkah semut2 tadi meng imagine taman tema sebesar sunway lagoon sedangkan seumur hidupnya, ia hanya bermalam dan siang di dalam bilik tadi. sejak LAHIR???
4) Budak itu sentiasa memerhatikan semutnya melalu closed circuit camera yang dipasangnya. Maka beruntunglah semut yang mengikut arahannya. Dapatlah mereka makan gula sepuas puasnya. 8 meter. Byk Tuu... dan amat rugilah sapa yang berdegil.
5) Fikirkan. Siapa yang lebih bijak. Semut yang mengikut arahan tuannya OR semut2 yang mendustakan semut yang diculik tadi? Tidakkah clever memilih dibakar sedangkan mereka boleh berehat memakan gula setelah pintu itu dibuka nanti?
6) Bukankah sebab ceteknya ilmu semut tadi terhadap dunia luar bilik itu, adalah sebaiknya bagi mereka mengikuti semut yang diculik tadi dan mengkaji buku panduan itu habis-habisan? Tidakkah begitu? 




No comments: