Friday

HAPPY BIRTHDAY TOOOOOOOO ME


Hi! Harini ni nk update makanan lagiiiiiiii... Korang semua kan suka tengok "Makanan"


Btw, 22 MARCH 2016 haritu birthday aku. Dah besar ni, macam tak kisah sangat lah takde orang wish ke.. bagi hadiah ke.. Entahlahh.. dah tak rasa macam dulu-dulu time kecik.. Kalau tak, akulah  budak paling happy time birthday. Dapat Wish tu dah kira bangga & happy gila dah tu, apatah lagi dapat hadiah kan? Lagi lah kuncup2 hidung aku hahaha!!

So, pagi birthday aku tu... macam biasa, macam takde pape... buat rutin harian...

Tengah leka-leka buat kerja, tetiba whaatsapp masuk... wowww gambar sushi!!!! 👀


Kalau siapa pengemar Sushi memang dah terliur2 ah wehhh! Aku tengok gambar pun dah kecur2...
Gambar ni kakak aku yang send.. dia kata aku dekat IOI MALL ni... Beli sushi... Wow! Hidung dah kembang2 wehh dapat sushi..


nyummm nyummmmm!




Sorry, aku tak tau nama sushi ni... Semua sedap sedap weh!! sedap lagi sushi king!! Serius aku tak tipu! Korang pergi lah cari dekat IOI MALL PUTRAJAYA, Depan Tesco


Lepastu datang pulak K.ngah aku.. Bawak kek ngan sate... wahhhh happy aaaaaa.. Rasa dihargai gitu...


Thank Ude... Thanks Angah..... I appreciate... 😘😘😘






Wednesday

Balik Kampung

Assalamualaikum Semua! Hahahahahaha! Tahun ni aku banyak ngelat, kata nak update tiap-tiap minggu! Kahkahkahkah! Aku sebenarnya takdelah busy sesangat pun, tapi tkde masa nak update plus "MALAS" Mesti tiap kali kau view blog ni asyik cerita pasal "LOBSTER MURAH" hehehe 🙊🙊🙊

Okay, cerita kali ni dah basi sangat kot rasanya. Tapi aku nak jugak update! Pstttttttt! Korang pernah makan "KUPANG" tak? Kalau korang yang memang asal orang Jawoo ehh Johor confirm pernah makan kan? Rugilah tak pernah makan! Sedap wehh.. Rasa manis2 lazat gituuu...

ni lah "KUPANG"


Kupang ni selalu ada dekat Muar, asal lalu Muar je mesti berderet2 orang jual tepi jalan... Kalau aku lalu Wajib Beli wehhh! Al maklum lah orang JOWO kan hehehe..Kupang masak apa paling sedap???
Setakat ni aku rasa paling sedap laaa kan.. Mee Bandung Kupang! Walahhwehhhh sedap gila okayy!

Mee Bandung Kupang siap! Aku tak ingat, rasanya time ni kedai2 makan mee bandung kat Muar semua tutup. Rasanya setiap hari isnin memang tutup. Sedih kot kedai fav tutup! Tapi disebabkan memang nak sangat makan mee bandung... Singgah kedai tepi jalan beli rencah dia. Hmmm layan beb! Tapi yang dekat kedai orang tu buat lagi sedap kaw kaw punya rasa dia!!

 
ni sebelum dikopek, dia dah siap2 bersihkan tapi still ada janggut.. janggut tu korang kena buang tauu! Tak silap sekilo RM8, dia ada size kecik ngan besar.. better ambik yang size besar senang nak kopek & makan... 


Okayy lah, aku ada kerja nak buat ni.. ni pun cepat2 taip! hahahahaha! Okayy bye! 👋👋



Lobster sedap murah di Sg Siput

Dah lama tak ziarah makcik aku yang dekat perak, dulu dia stay Kl boleh lah lagi p rumah dia, sekarang since dah stay Perak hulu Sg.Siput sana langsung jarang2 nak pergi tengok. So, ayah decide nak pergi rumah makcik lepas g Penang! Gila kan? Apak aku kuat drive ni wehhh. Aku nak drive mak aku pulak tak bagi. Hehehe. Sampai2 je makcik aku masak Ayam kampung masak kari, Cendawan Kampung, Sambal belancan perghhhh memang sedap gila lah kan wehhh Sapa je yang tak suka masakan orang kampung ni. Lepas dah makan, mandi & solat mak aku pulak teringin nak makan Lobster! Wehh first time aku makan Lobster yang sedap gila & murah nak mam....
Gila kau dah lah sedap, murah nak mam pulak. Makan 5-6 orang pun kenyang tau! 
Tempat makan yang selesa korang boleh pilih nak duduk makan kat dalam ke luar.

Hi si Kacak! Kacak habis ni! Awwww




Dia ada 3 jenis Lobster. Lobster yang aku makan ni Slipper Lobster RM80 murah kan? Ada yang RM30 aku tak ingat Lobster apa hehe. Dah lah siap ada kentang, dengan kuah dia perghhhh sedap nak matikkk wehh. Korang kena try kalau pergi Sg,siput ni! Dia punya Chicken Chop ngan Lamb Chop pun sedap! Pinggan yang besar sepenuh-penuhnya dia letak.


Kalau nak book, tanya jalan ke apa korang boleh call no yang kat atas tu tau! Wajib singgah sedap gilo! 10 Bintang Nora Bagi 



Thursday

BERCUTI DI PENANG PART 2 (WONDERFOOD MUSEUM)

Korang sedia maklum Pulau Pinang/Penang ni banyak tempat best-best, rugilah kalau kau pergi Penang duduk tidur dalam hotel. Serius Rugi Besar!

So, kali ni aku nak up entry pasal WONDERFOOD MUSEUM yang terletak di 34 Lebuh Pasar,
Pulau Pinang, belakang jetty, sebelah Cimb. Wonderfood ni 8 minit dari Hotel Sentral Georgetown. Okay, buat pengetahuan korang aku tak tahu pun wonderfood ni ada kat sini, aku tau pun sebab aku rajin google kehkehkhe. Malam tu jugak aku search tempat apa yang best nak pergi pagi besok! Dengan plan yang huru hara ni kan..

Kalau korang nak tau, wonderfood muzium ni, dorang pamerkan replika makanan yang betul-betul real! Aku masuk je, terus lapar, wehh! sumpah real gila replika dorang! Nak sentuh memang tak boleh lah yer, setiap stage ada orang jaga! hehehehe Dah lah replika tu besar2 gedabak aku rasa macam nak ambik masuk dalam beg

Paling senang nak carik, korang guna lah waze yer, kau pasti akan nampak Tanda Bulat huruf W tu!
Confirm jumpa! Sebab jalan situ sehala je

So, kiteorang masuk berempat je, apak ngan Ibu dok dalam kereta, sebab memang takde parking kosong yer, memang malas ler dorang nak cari huhuhuhu. Tapi aku rasa ada je... pepandai lah korang tengok kiri kanan yang park kat dalam

Open everyday from 9am-6pm last admission 5pm
Adult : RM15 (Mykad)
RM 25 ( without Mykad)
Senior/Student/Children (3-12 yrs old) : RM10

Sebelum masuk, korang akan nampak replika ni dulu. YaAllah Ais kacang/Cendol real kan?
Perghh!!


Jom kite beraksi!

Cukuplah bekalan untuk setahun tak basi2 :P

Masa ni tangan aku gatal je nak pegang masuk mulut! Apesal lah makan tempek kat dinding, kalau ada atas katil syok sikit! Haha

kau tengok! tangan takleh nak juga pegang!
Hi bang sorang je ke? 

Wonderfood ni bukan je saja-saja nak pamerkan replika, tapi ada maksud tersirat & tersurat ye!
Semua jenis makanan Malaysia ada, Makanan orang Melayu, Cina & India perghh amaaa sedap baq hang, baru tengok replika dah rasa lapar sob sob sob


 Ni time perayaan Tahun Baru Cina, Makan besar laaa!

Wehhh! Yang kat pinggan tu! T__T Nampak real kan? Siap ada sambal belacan lagi!
Ni kalau betul-betul kenyang weh, takyah buat 2 kerja dah opssss :p


Haa pilih2 Dapat lunch lauk-pauk macam ni pun sedap gak! nyummm

Cuba bayangkan makanan yang kita makan tetiba berubah menjadi colourful?
Perghhhh! Mau kencing manis agaknya 

Imagine if food like this? Kau boleh masuk anak tekak tak? Tengok pun dah tak lalu kan



Nah! Tatap!



Layan lah gambar-gambar ni, aku cuma nak bagitahu, Kalau dah sampai sini jangan lupa pergi!
Memang best! Dorang bukan calang-calang tau nak buat replika yang realistik ni ada dari bahan buangan, aku lupa dorang pakai apa buat semua ni. Dorang ada bagitau, i is lupa ok. Sorry


ni buat aku kecur! Serius nampak real! gurlpp laparrrrr

the Big Cendol
so sawittt! 









Actly, ada banyak part lagi tau! Bukan ni je. Kalau nak masuk semua sampai tahun depan tak sudah dok upload gambar kan. So korang kena pergi tengok sendiri lah yer. Memang tak rugi pun kalau masuk. Sangat2 berbaloi-baloi Sebab semuanya nampak real! Memang debavommm lah pemikiran owner Wonderfood ni, Time nak keluar aku terserempak dengan owner Wonderfood ni, peramah je orangnya, lupa nak bergambar hihihihi. Okay, tu je kot nak kongsi.
Esok esok aku up plak Part 3! Tungguuuuuuuuuuuu

Seberang pertanyaan tentang Wondefood Museum ni korang boleh tengok page fb dorang
https://www.facebook.com/Wonderfoodmuseum/?fref=ts

P/S: SILA DATANG AWAL! KALAU TAK, PANDAI2 LAH FIKIR!