Tabung Haji :D

Thursday, August 15, 2013

seri abadi tanpa blackhead n whitehead/Cara menggunakan mask shiseido


Harini takde benda nak mengupdate just nak share produk ni tapi sangat bagus dan memang berpuas hati! Mask ni memang sesuai sangatlah untuk muka yang memang banyak dengan bintik-bintik hitam or putih. Peh, kalau pakai mask ni memang seronok senyum sampai ke mata. Tarak percaya? Try beli dan apply sendiri kat muka. Memang sampai bila-bila tak menyesal. 


Meh aku kasi cara2 nak guna mask ni

 1. Shiseido mask ni dalam paket kecil, nipis tapi  cukup ahh nak cover 1 muka. tak kira muka kau tu besar ke  kecik. muka tembam chubby gemok  ke apa. semua boleh, jangan risau k :) 

2. Mask ni dalam bentuk cecair tapi pekat, takdelah cair mana pun senang je lah kalau kau nak apply kat muka, pakai jari lebih mudah ye nokk ^__^  *tengok gambar di atas

3. Tunggu kering dalam 10 - 15 minit. Tapi aku lebih suka tunggu kering sampai 30 minit, siap boleh tido lagi. Hahaha 

Kematu je muka aku, betul-betul setengah jam aku tunggu, tak boleh nak bercakap langsung.

5. Apa tunggu lagi? Kopek lah dan tengok hasilnya berjaya atau tidak?


Muka poyo gila, mana taknya aku ni jenis berhati2 takut bila kopek tak ikut muka. Hahaha

puas hati aku! blackhead keluar jua akhirnya! Yeahy ~ Percaya tak dengan produk Kak ton? Hahaha

Alaaaa, mask ni taklah mahal mana pun 1/pcs : RM1.50! ulang RM1.50!
Kalau lelaki nak pakai pun boleh, kau takyah nak malu-malu ahh, sebab lelaki lagi banyak blackhead tau! 





aku cadangkan pakai lah yang warna hitam punya, sebab kau boleh nampak berapa banyak blackhead n whitehead kat muka kau. Haha

Fungsi dia sama je cuma warna lain2 , ikut cita rasa lah nak beli warna apa. Tapi aku still nak kau beli warna hitam tu k? jangan degil nak. Hahaha ;)

            aku ada banyak stok, siapa tanak beli memang orang yang paling rugi tau! Hahahaha! 
       confirm bila kau baca entry ni kau akan mimpi dan esoknya mesti kau nak beli. Cayalahhh! 


Tuesday, August 13, 2013

Raya punya Cerita!

Assalamualaikum semua :D 



Harini dah 6 Syawal, cepatnya masa berlalu kan? Tuptap tuptap dah raya ke-6 lepas tu masuk bulan 9 lepas tu dah akhir tahun! YaAllah masa berlalu sepantas kilat! Sedarkah kita?? 
Hmmmm.. Amacam raya tahun ni? Meriah tak? Dapat duit raya berapa? Baju korang warna apa?
Beraya dekat mana? Hahaha! Haaa Jawab jawab lah :p! Raya tahun ni tak bape syoookkk sangat sebab persiapan semua ala-ala kadar. Semua stok lama. Baju Raya pun tak beli nok! Guna saje yang lama, tak nak membazir lah katanya! Ceh, padahal dalam hati ni sedih je.. "Semua orang pakai baju raya baru, aku?" Alahhh! Tak kisah sangat lah ~ Yang lama punya okayy lagi. Kisah pulak kita orang pandang, asyik baju sama je kau pakai.. Janji haku ada baju raya. Kan?? Hahaha. Okay lah Temah malas nak cerita panjang, macam biasa kita kasi cuci mata dulu...

ni masa raya ke-4 tak silap. Raya kat Masjid! Ceh, padahal sepupu nikah. Simple gila

Raya Pertama bersama keluarga tercinta! Love love! Muka semua annoying gila
Actly my sibling ada 6 orang but my sister berghaye dekat rumah mak mentua dia. Ahhh! Tak sedih pun -.-' 

my fav auntie, ceh boleh pulak fav fav kan? Sebab dia pernah jaga aku masa kecik dulu
Tu yang sampai lah ni melekat je dengan dia. Ceh! Propa
time ni raya pertama :)

Suka sangatsangat gambar ni! Sayang :*

Me with K.Ziera, jangan tersilap eh yang baju purple tu my sister k. Masih tak percaya?
Jum Jumpa! Haha I'm Serius k


Mak Jemah raya setakat ni je dulu cerita mak Jemah, nanti Mak Jemah sambung lagi k? Kalau korang berminat nak tahu lagi, selalu lah terjah mak Jemah punya Blog! Cewahhhh! Nanti Mak Jemah bagi duit raya k? Acctly mak Jemah patut mintak korang, sebab Mak Jemah baru 19 tahun.
Raya ni datang lahhhhh rumah! Dekat je! Hehehehehee Rumah selalu terbuka :)